Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 19 February 2015

Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini

Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini


PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu, kata kenyataan itu.

KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888. 

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 3 Mac dan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac.

Kenyataan itu juga menyebut majlis pengumuman analisis keputusan SPM 2014 akan diadakan pada hari sama, pada 9 pagi di Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E di sini.

Seramai 455,839 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh: Maktab Rendah Sains MARA); 7,957 calon sekolah menengah agama negeri; 12,066 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; 25,701 merupakan calon persendirian manakala baki 1,523 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. - Bernama

P/s: goodluck kepada semua yang bakal ambil keputusan nanti.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Info : Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan
    15.04.2017 - 0 Comments
    Datang bulan pasti merupakan mimpi buruk, bukan? Bukan disebabkan perlu menggantikan tuala wanita selang…
  • PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA MULAI 30 JAN 2012
    15.01.2012 - 1 Comments
    CARA MEMBUAT PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA DAN SYARAT MEMOHON SARA 1MALAYSIA: Para pemohon yang berminat…
  • COOL : Budak 8 Tahun Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus
    07.09.2012 - 0 Comments
    Tidak mustahil jika kita menjadi seorang jutawan dalam sekelip mata. Itu yang terjadi kepada seorang…
  • 50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu
    14.07.2012 - 0 Comments
    50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ORANG MELAYU TERKAYA DI…
  • Diana Danielle & Farid Kamil sudah bertunang dan bakal berkahwin pada tahun hadapan
    04.09.2012 - 0 Comments
    Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di…