Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 February 2015

Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun

Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahakamah Majistret Selayang dekat sini pada Selasa.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ketika dihubungi mStar Online menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Zac Afron Bakal Lakonkan Watak Pembunuh Bersiri Ted Bundy
    28.05.2017 - 0 Comments
    Pelakon Hollywood Zac Afron yang dikenali dengan wajah "cute" nya, akan menggalas cabaran besar melakonkan…
  • GILA !! Perpustakaan beli sebuah buku RM44 juta
    19.04.2012 - 0 Comments
    LONDON - Buku tertua di Eropah yang masih berada dalam keadaan sempurna, Gospel St. Cuthbert akan kekal…
  • ALLAHUAKBAR !! Berasak-asak demi Ustaz Azhar Idrus
    12.03.2012 - 1 Comments
    KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar…
  • Black Mentor dilarang buat persembahan di Kelantan
    18.01.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, tidak berkecil…
  • Seorang Kakitangan Google Pilih Untuk Tinggal Dalam Trak
    25.10.2015 - 0 Comments
    Seorang jurutera syarikat terkemuka Google berjaya membuktikan bahawa gaya hidupnya dengan tinggal di…