(VIDEO) Trafik sesak akibat hujan wang kertas di Dubai ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 February 2015

(VIDEO) Trafik sesak akibat hujan wang kertas di Dubai

Trafik sesak akibat hujan wang kertas di Dubai

Kalau sebelum ni han pernah share artikel duit bersepah di jalanraya di hongkong sebanyak RM 7 juta jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia..Yang ni pulak kat dubai.nak tau apa cite??jom baca

DUBAI - Pengguna jalan raya di bandar ini hampir tidak mempercayai mata mereka apabila melihat wang kertas turun dari langit seperti hujan.

Dalam kejadian awal bulan ini, ribuan wang kertas bernilai AED500 (RM495) dilaporkan telah berterbangan di jalan raya di tengah bandar berkenaan.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak memberi sebarang pejelasan mengenai kejadian itu.

Harian Metro melaporkan bahawa pengguna jalan raya dikatakan keluar dari kereta mereka untuk mengutip wang kertas yang berada di jalan raya.

Beberapa pengguna dilihat menggenggam sejumlah wang. Nilai keseluruhan wang itu dianggar berjumlah antara AED2 juta (RM1.98 juta) hingga AED3 juta (RM2.97 juta).

Menurut penduduk berhampiran, mereka tidak tahu bagaimana wang sebanyak itu bertaburan dan punca angin kencang yang bertiup selama beberapa minit di kawasan berhampiran Jumeirah.

“Ketika itu, saya dan isteri saya yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya terkejut melihat sejumlah wang tunai berterbangan,” kata seorang penduduk di situ.

Namun begitu, menurut laporan berita daripada The National, UAE, rakaman video yang ditemui di YouTube telah dimuat naik sejak 9 Februari, 2015.


sumber

P/s : masyukkkk.instant kaya wey.hehe


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Dia Ayat Yang Terpanjang Dalam Bahasa Inggeris
    21.11.2012 - 0 Comments
    korang pernah tau tak apakah ayat yang terpanjang di dalam bahasa inggeris ? hari ni aku nak kongsikan…
  • Jambatan Ngeri di Zhangjiajie Tianme Mount
    19.01.2012 - 0 Comments
  • 10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam
    14.07.2012 - 0 Comments
    1) Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein utilization) 100 % berbanding dengan…
  • Lebih 100 Penumpang Cemas Feri Terkandas di Perairan Dumai
    19.12.2014 - 0 Comments
    Sebanyak 175 penumpang dan 10 kru sebuah feri mengalami detik cemas apabila feri mereka terlanggar tebing…
  • 15 Tanda Awal hamil
    06.01.2015 - 0 Comments
    1. Payudara membengkak / terasa sakit  Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi…