Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 November 2016

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Flagship terbaru Google, Google Pixel yang boleh dikatakan saingan hebat kepada iPhone 7 baru-baru ini telah digodam sekumpulan penggodam China, lebih mengujakan ianya mengambil masa kurang dari 60 saat sahaja.

Bertempat di PwnFest, pertandingan antara penggodam di Seol, Korea Selatan, kumpulan penggodam China atau lebih dikenali dengan nama panggilan Qihoo 360 menunjukan bagaimana mereka berjaya menceroboh peranti Android tersebut melalui kelemahan ‘Zero-Day vulnerability’ iaitu kelemahan sesuatu perisian (software) yang tidak diketahui oleh vendornya.

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Mengeksploitasi kelemahan pada aplikasi Google Play Store menggunakan perintah RCE (remote code execution), mereka kemudiannya menunjukkan mesej ‘Pwned by 360 Alpha Team‘ yang dipaparkan pada Google Chrome sebagai bukti.

Kejayaan menggodam Google Pixel, Qihoo 360 memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak $120,000 Usd. Dan terkini, pihak Google di dalam proses memperbaiki kelemahan ini disamping menambah baik sistem keselamatan mereka pada masa akan datang.

Buat pengetahuan anda, Qihoo 360 sebelum ini pernah memenangai hadiah wang tunai berjumlah $520,000 Usd selepas berjaya menemui kelemahan pada Microsoft Edge di Windows 10. Mereka juga adalah kumpulan yang sama menjumpai kelemahan pada Adobe Flash dan MacOS Seirra.


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Tukang Masak Hilang RM3 Juta Dalam Satu Malam Gara-Gara Berjudi!
    20.03.2012 - 1 Comments
    Seorang pendatang dari negara China baru-baru ini mendapat liputan luas media di New York kerana…
  • PERTAHANKAN BANGSA ATAU AGAMA?
    28.03.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang…
  • Abby Fana Bukan 'Dibuang' TV3 Kerana Bertudung
    29.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai…
  • 24 Peringatan Buat Wanita
    20.01.2012 - 0 Comments
    1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya…
  • CIRI-CIRI SUAMI MANJA PEREMPUAN WAJIB TAHU !!
    13.02.2012 - 1 Comments
    Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di…