(Video) Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’ ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 November 2016

(Video) Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’

Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’


KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu Selasa lalu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyatnya dan juga beberapa negara lain.

Meskipun ramai yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, namun terdapat juga negara yang mengiktirafnya.

Antaranya Rusia apabila presiden negara itu sendiri iaitu Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya menerusi aplikasi Telegram.

Malah bukan itu sahaja, rangkaian makanan segera terkenal Burger King cawangan Rusia turut mengeluarkan menu baharu bersempena kemenangan Trump dinamakan sebagai Trump Burger.

Menurut wakil Burger King, menu baharunya itu adalah versi Angriest Whooper bersaiz besar yang merupakan burger paling laris dijual oleh rangkaian restoran itu.

Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’


Angriest Whooper adalah burger terpedas yang dimiliki Burger King yang disajikan dengan bawang bombai dan lada jalapeno bersama sos paling pedas di restoran itu.

Menu berkenaan merupakan edisi terbaharu Burger King untuk peminat-peminat makanan segera rangkaiannya.


Terdahulu sebuah kafe di Moscow iaitu Roll Race telah melancarkan menu dikenali ‘US Presidential Sandwiches’ yang menampilkan calon Parti Demokrat dan Republikan sebagai nama menu baharu mereka.






sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Blog Termahal Di Dunia berharga USD 15 JUTA
    03.03.2012 - 0 Comments
    bankaholic.com Seorang Remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu,telah mencipta sejarah hidupnya…
  • Elfira Loy Hampir Lemas Ketika Buat Photoshoot Dalam Air
    03.11.2014 - 0 Comments
    Pelakon terkenal, Elfira Loy telah membuat satu sesi fotografi dengan memakai sehelai gaun yang cantik…
  • COOL !! LELAKI PALING JUJUR DI BRITIAN PULANGKAN JAM ROLEX BEHARGA 90RIBU
    03.03.2012 - 0 Comments
    Arron Large, ia semua adalah berkenaan jujur dalam kerja, suatu hari semasa membersihkan jalan-jalan di…
  • COOL !! 8 Sebab mengapa sakit belakang terjadi dan cara mengatasinya
    14.03.2012 - 0 Comments
    Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga…
  • 10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar
    28.10.2014 - 0 Comments
    Tahukah anda terdapat beberapa filem seram yang pernah kita tonton sebenarnya berdasarkan kisah benar?…