Iceland buka muzium zakar terbesar dunia ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 20 November 2016

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia


REYKJAVIK, Iceland: Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia.

"Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik," kata seorang pelancong Amerika, Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu.

Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium.

Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga tikus.

Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon.

Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan.

Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita. - AFP



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Citroen Numero 9 yang aerodinamik dan awseome
    16.04.2012 - 0 Comments
    Kereta adalah kereta alaf baru,setakat yang Han tahu,ianya hibrid car,yang super cool,berkelajuan tinggi.dan…
  • COOL !! LAMBORGHINI KELUARKAN KASUT SEBAGAI PRODUK BARU
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.. kasut ni sesuai untuk pompuan yang minat kete.hehe..ni gua jumpa kat gogle.saja nak share…
  • Inilah Fungsi Lingkaran Putih Dalam Setiap Enjin Kapal Terbang
    18.05.2017 - 0 Comments
    Ada banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita, dan kita mungkin langsung tak sedar akan kewujudannya.…
  • Gambar Taukeh Game 'Angry Birds' Bersama Isterinya
    15.01.2012 - 0 Comments
    Ramai antara kita belum mengenali pembuat atau pereka aplikasi permainan Angry Birds yang sedang…
  • COOL !! Duit syiling tahun 1793 ini dilelong RM4.34 juta
    09.03.2012 - 0 Comments
    ORLANDO, Amerika Syarikat (AS) – Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada…