(Video) : Inilah Lembu Tertinggi di Dunia ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 27 November 2016

(Video) : Inilah Lembu Tertinggi di Dunia

Inilah Lembu Tertinggi di Dunia


Seekor lembu jantan seberat 1,043 kilogram (kg) dan setinggi dua meter dinamakan Danniel dipercayai menjadi yang tertinggi di dunia.

Danniel, lembu baka Holstein diternak di Ladang Lost Coast Hay di Eureka, California ini makan empat kali ganda daripada lembu biasa.

Menurut pemiliknya Ken Farley, setiap hari Danniel makan 45kg rumput kering, 6.8kg bijirin, 100 gelen air dan menghasilkan 68kg najis.


Inilah Lembu Tertinggi di Dunia


Farley yang menjaga Danniel sejak haiwan itu dilahirkan mula menyedari pembesarannya agak luar biasa selepas melihat tabiatnya mengetuk botolnya dengan kaki ketika disusukan.

Wakil Rekod Dunia Guinness datang ke ladang itu untuk mengukur ketinggian Danniel bagi membolehkannya diiktiraf secara rasmi sebagai lembu paling tinggi di dunia.

“Baka jenis Holstein ini memang diketahui sebagai besar, tetapi Danniel agak tinggi berbanding Holstein biasa.

“Tambahan pula, Danniel makan dan minum dalam kuantiti yang sangat banyak,” katanya.

Lembu jenis itu biasanya setinggi kira-kira 1.4 meter, sementara Danniel setinggi dua meter.

Inilah Lembu Tertinggi di Dunia


Ladang tempat Danniel ditempatkan kini merancang membina bangsal untuknya menginap ketika musim sejuk supaya orang ramai boleh datang melawatnya secara percuma.

Menurut Farley, Danniel dibesarkan sebagai haiwan peliharaan jadi kelakuannya lebih manja berbanding lembu biasa.

Sebelum ini gelaran lembu paling tinggi di dunia adalah milik Blossom dengan ketinggian 1.9 meter dari Illinois. Bagaimanapun, ia mati pada Mei 2015. - Agensi





sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! RM50,000 Lesap Dalam Tren
    19.02.2012 - 1 Comments
    KUALA KRAI : Seorang suri rumah berusia 60 tahun, kini tidak lalu makan dan tidak lena tidur apabila…
  • COOL : Lampu Jalanan Kuasa Turbin
    21.06.2012 - 0 Comments
    Aku rasa ni lampu jalanan yang paling genius dan cool,bukan basikal zaman dulu je guna turbin.Lampu turbin…
  • PERGH !! AARON AZIZ MENUNJUKKAN MUSCLENYA KETIKA BERIADAH BERSAMA ANAKNYA
    21.03.2012 - 0 Comments
    Wah mantop..dulu xde cmni..sekarang makin naik muscle dia.gila lah.pergh sumber
  • Senarai nama kedai atau business online yang menipu/diragui
    05.12.2013 - 0 Comments
    macam best je.macam senang je nak berurusan online.kan??tapi kena waspada jugak.muka suci hati kita tak…
  • COOL : Design Baju Kreatif Mario Sebelum Pergi Kerja
    21.06.2012 - 0 Comments
    Ini ialah design T-Shirt dari Glen Brogan,memang nice gile baju ni.sape yang teringin nak beli baju style…