Awas geng langgar, samun kereta ~ Bila Han Bercerita

Friday, 24 August 2012

Awas geng langgar, samun kereta

samun kereta
PEMANDU kereta dinasihat tidak berhenti jika kenderaan mereka dilanggar dari belakang kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah. - Gambar hiasan


KAJANG - Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.

Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab (gambar kecil) berkata, kumpulan penyamun yang terdiri daripada dua hingga empat suspek tersebut dikesan aktif di daerah ini sejak setahun lalu dan memilih lokasi-lokasi tersebut sebagai lokasi menyamun kerana kawasan tersebut sunyi dan kenderaan yang disamun pula mudah dilarikan.

"Kumpulan penjenayah ini akan melakukan kegiatan tersebut mengikut peluang seperti jika ada kenderaan yang melalui kawasan tersebut memandu seorang diri tanpa mengira jantina, penjenayah terbabit akan bertindak," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, semasa melakukan jenayah itu, suspek membawa parang untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan barang berharga mereka dan keluar dari kenderaan selepas diarahkan.

"Modus operandi penjenayah ini senang iaitu suspek-suspek menaiki sebuah kereta dan melanggar kereta sasaran mereka dari arah belakang.

"Sebaik mangsa berhenti dan turun untuk melihat kes perlanggaran tersebut, kumpulan suspek terbabit terus menyamun mangsa dan melarikan kenderaan tersebut," kata beliau.


Kata beliau, terdapat beberapa kes mangsa dicederakan oleh suspek yang cuba melawan.

Polis telah menahan beberapa suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu tetapi saki-baki ahli kumpulan yang masih bebas meneruskan aktiviti jenayah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemandu kereta yang memandu seorang diri supaya tidak memberhentikan kenderaan sekiranya kereta mereka dilanggar dari belakang.

"Mangsa sepatutnya memandu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," nasihat beliau.

sumber

P/s : hati2 semua.sindiket ni dah lama sebenarnya berleluasa cuma ramai yang tak sedar.ada yang lebih teruk bukan kena samun.LOL

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • (Video) Main Pokemon Go Dihadapan Pembaca Berita Ketika Bersiaran Langsung
    16.07.2016 - 0 Comments
    Aplikasi permainan Pokemon Go yang menjadi viral mencetus pelbagai insiden sejak ia dilancarkan di…
  • Laman Web Paling Tua Di Dunia
    26.01.2012 - 1 Comments
    Mungkin ramai yang masih tak tahu apakah laman web paling tua di dunia, sebenarnya laman web paling tua…
  • Sistem 'Meter Pintar' Mampu Kesan Penggunaan Elektrik Secara Nyata
    21.11.2014 - 0 Comments
    Satu sistem yang dipanggil sistem meter pintar 'revolusi' Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang diberi…
  • Inilah Satu-satunya Rumah Ditengah Highway Di China
    04.12.2012 - 0 Comments
    Disebabkan pampasan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi, pasangan dari China ini berdegil untuk…
  • Krubera-Voronya, Gua Paling Dalam Di Dunia !
    17.05.2016 - 0 Comments
    Tidak hanya indah dan dianggap sebagai gua paling dalam di muka bumi, Krubera-Voronya yang juga dianggap…