Kejutan Malam Pertama Si Pengantin ~ Bila Han Bercerita

Monday, 6 August 2012

Kejutan Malam Pertama Si Pengantin

Kejutan Malam Pertama Si Pengantin

“Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!” Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.

Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.

“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.

Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.

P/s : Mohon dijauhkan.huhu

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! MAK NADIRAH @DIRANG TERIMA SMS UGUTAN PULA !!
    13.03.2012 - 2 Comments
    Hey guys,korang semua tahu berikutan kes nadirah@dirang,kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang diculik dan…
  • 10 Negara Yang Mempunyai Umat Islam Teramai
    11.02.2012 - 0 Comments
    Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam di dunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang…
  • Tujuh Bahagian Jika Di rangsang Boleh Menaikkan Nafsu Isteri Anda
    22.01.2012 - 0 Comments
    PAYUDARA Payudara sudah pasti antara bahagian yang perlu di rangsang ketka melakukan hubungan seks.…
  • COOL : Google mencipta kereta bergerak tanpa pemandu
    09.08.2012 - 1 Comments
    300,000 batu perjalanan tanpa kemalangan..Kereta ciptaan Google ini memecahkan rekod sebagai kereta…
  • GILA NOSTALGIA !!10 Barang Yang Semakin Dilupakan
    23.02.2012 - 0 Comments
    1. Discman Lebih kurang Walkman, tapi yang ni guna CD. Tak sempat popular kerana tidak lama selepas…