PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 12 August 2012

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000

Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenangi beliau pada temasya Sukan Olimpik.


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 di atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

“Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan.

“Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan,” katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara.

Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik,” katanya.

Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih ‘fit’(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016,” katanya. – Bernama
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Manusia Yang Paling Bersemangat Untuk Mendapatkan iPhone 5S
    15.09.2013 - 0 Comments
    Apple akan melancarkan iPhone 5S pada 20 September 2013 tetapi lelaki ini yang begitu semangat telah…
  • 8 Jenis Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
    03.02.2015 - 0 Comments
    Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh…
  • 7 Kereta Mewah Milik Mendiang Paul Walker Dicuri Oleh Rakannya
    19.06.2015 - 0 Comments
    Pihak pengurusan harta peninggalan Paul Walker mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang kenalan…
  • Jutawan maut ditikam anak sendiri
    02.05.2012 - 1 Comments
    TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun,…
  • Serius !! Kereta Sangkut 3 Hari Jalan Sesak Sepanjang 48 Kilometer
    13.12.2015 - 0 Comments
    Jika selama ini mungkin ramai beranggapan bahawa kesesakan lalulintas di ibu kota Indonesia sebagai…