Tips Untuk Mengelak Bayi Cacat ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 1 August 2012

Tips Untuk Mengelak Bayi Cacat


Tips Untuk Mengelak Bayi Cacat


Cacat atau tidak janin yang korang kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu korang sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya korang inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum korang merancang kehamilan sehinggalah korang benar-benar hamil.

Berhenti Merokok

Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya korang berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang korang kandung lahir dengan berat badan yang kurang.

Makan Makanan Sihat

Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari korang perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.

Elakkan Alkohol

Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.

Nasihat Doktor

Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Ambil Asid Folik

Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.

sumber : fb

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Najis Lembu Jana Elektrik
    26.10.2012 - 0 Comments
    LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat…
  • (5 Gambar) Kereta Terbakar Langgar Tong Gas Berterabur Atas Jalan
    15.11.2014 - 0 Comments
    KUALA KANGSAR - Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan di atas jalan di KM…
  • Cool !! Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas
    10.05.2016 - 0 Comments
    Blok LEGO yang diperbuat daripada emas ini merupakan simbol kemuncak pencapaian dalam permulaan syarikat…
  • ALLAHUAKBAR !! Hujan Ikan Di Honduras Australia
    16.03.2012 - 0 Comments
    Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai…
  • COOL !! 6 makanan paling baik untuk masalah perut buncit
    01.03.2012 - 0 Comments
    Cendawan- Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman…