Bekas Pengurus Fail Saman Terhadap Hafiz AF ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 1 August 2012

Bekas Pengurus Fail Saman Terhadap Hafiz AF


Bekas Pengurus Fail Saman Terhadap Hafiz AF


KUALA LUMPUR — Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ”Awan Nano” hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. – BERNAMA
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Pembeli Pertama iPhone 5
    07.10.2012 - 0 Comments
    iPhone 5 yang telah dijual di Apple Store di banyak negara. Berdasarkan zon waktu, Australia adalah…
  • Akhir Zaman, Pokok Yahudi Dijual Online
    06.01.2015 - 0 Comments
    Zionis Israel berusaha menanamkan pokok ghargad, pohon Yahudi di tanah yang berjaya mereka rebut dari…
  • KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD
    21.02.2012 - 0 Comments
    Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok…
  • Pelakon ‘Bunohan’ Pekin Dedah Rahsia Dibuang Sekolah
    19.04.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan pengalamannya bekerja di sebuah restoran makanan segera…
  • ALLAHUAKBAR !! Cerita Penuh Gadis Remaja Cina Malaysia Peluk Islam
    03.03.2012 - 0 Comments
    Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna... Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam…