Rumah Aznil dimasuki perompak,rugi rm40,000 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 3 August 2012

Rumah Aznil dimasuki perompak,rugi rm40,000


Rumah Aznil Nawawi dipecah masuk, rugi RM40,000


Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serius !! Mayat Dijadikan Baja Pokok
    19.11.2015 - 0 Comments
    KONSEP Capsula Mundi dicadangkan. Gambar kanan, cara mayat dimasukkan di dalam kapsul. Rome: Dua artis…
  • Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria
    09.05.2016 - 0 Comments
    Sungai Golok adalah antara sungai yang menjadi tanda sempadan Malaysia dan Thailand. Cuaca panas melampau…
  • Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India
    10.05.2016 - 0 Comments
    Mohinder Singh Gill, 79, duduk bersama isterinya, Daljinder Kaur, 70, yang memangku bayi lelaki yang…
  • Kota Ronda di Malaga,Sepanyol yang mempunyai tebing yang tinggi
    08.08.2012 - 0 Comments
    Kota bernama Ronda di Malaga, Sepanyol ini merupakan kota yang indah. Kota yang memiliki penduduk hampir…
  • GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu!
    26.03.2012 - 1 Comments
    Satu sindiket penipuan melibatkan kira-kira 3 billion Yuan (RM1.5b) di negara China berjaya ditumpaskan…