Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur ~ Bila Han Bercerita

Monday, 13 August 2012

Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur


Noor Afizal Azizan

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.
Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.

Bernama


P/s :: tak adill.sumpah aku bengang dengan dia.bila baca twitter..dia tweet statement bodoh.kata melayu jatuhkan melayu.kepala dia..kalau kena kat diri dia.baru dia tahu..dunia boleh la kau lepas..haram jadah punya undang2..habis pompuan tu takde masa depan ??
Share:

2 comments:

  1. Sokong la UMNOGOK tu dh la tolak hudud hukum Allah...

    ReplyDelete
  2. haha..bab politik no komen la.tapi kalu hukum hudud dijalankan memng benda2 mcmni takkan berlaku insyallah..rasa geram sedih sume ada.pakai lepas camtu je..dah la melibatkan maruah.habis pompuan tu cmne? pelik jugak la keputusan hakim tu.huhu

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Presiden Termiskin Di Dunia!
    13.10.2012 - 0 Comments
    Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin)…
  • Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun Trauma
    04.08.2016 - 0 Comments
    Trauma buat kita takut lakukan sesuatu yang pernah kita lakukan suatu masa dahulu. Ada orang trauma untuk…
  • Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki
    04.03.2013 - 0 Comments
    Yogurt kini telah menjadi salah satu makanan alternatif sihat yang sangat popular di pasaran. Bahan…
  • Fakta : Air Mani Digunakan Oleh Agen Perisikan MI6 Untuk Menulis Surat Rahsia
    11.04.2017 - 0 Comments
    LONDON - Sperma pernah digunakan sebagai cecair tulisan lutsinar yang paling efektif kerana tidak boleh…
  • Peniaga yang menggunakan bekas polisterin bakal didenda RM250 di Melaka
    05.01.2016 - 0 Comments
    EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin MELAKA:…