Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 4 June 2016

Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari

Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari
KERAJAAN Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang pihak majikan membiarkan pekerja mereka terdedah dengan terik matahari.

JEDDAH 31 Mei – Arab Saudi semalam mengumumkan peraturan baharu kepada setiap majikan agar memastikan pekerja mereka tidak terdedah dengan terik matahari, bermula dari 15 Jun hingga 15 September ini.

Portal Arabnews.com melaporkan, perkara itu bertujuan melindungi keselamatan pekerja di negara ini yang berdepan cuaca panas.

Perintah tersebut diumumkan oleh Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial Arab Saudi dan dilaksanakan dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 3 petang.

Setiausaha Pemeriksaan dan Penambahbaikan Persekitaran Kerja kementerian, Fahad Abdullah Al-Awaidi berkata, arahan itu bagaimanapun dikecualikan kepada pekerja di sektor gas dan minyak.

Bagaimanapun jelasnya, majikan perlu mengambil langkah untuk melindungi pekerja dan mematuhi perintah tersebut.

“Kementerian cuba memastikan persekitaran kerja adalah selamat dan mengelak kecederaan serta kemalangan yang boleh menjejaskan produktiviti,” katanya.

Beliau menjelaskan, pengecualian juga diberikan di beberapa kawasan di Arab Saudi yang mengalami suhu rendah pada tempoh larangan itu dikuatkuasakan.

Tambahnya, penyelarasan antara kementerian dan pihak berkuasa di wilayah-wilayah akan dilakukan bagi memeriksa keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • MASTER OF THE TROLLING,TROLL LEVEL 900
    14.03.2012 - 0 Comments
    hehe.jangan buat gini ek sumber-9GAG
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK BANGUN PAGI 2
    14.03.2012 - 0 Comments
    Okay kalau dulu Han ada bagi tips yang dikredit dari 9GAG juga.cara bangun awal yang cool.di SINI..yang ni…
  • Shila Amzah Juara Asian Wave,Terima Wang Dana Lebih RM1 Juta
    22.09.2012 - 0 Comments
    Akhirnya, Shila Amzah diumumkan sebagai juara pertandingan Asian Wave Competition 2012 di Shanghai,…
  • Video : Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut'
    28.04.2017 - 0 Comments
    JAKARTA: Seorang cef Britain yang makan mi paling pedas di dunia, 4,000 kali ganda lebih pedas berbanding…
  • Kerepek Kentang Bersalut Coklat Pertama Di Dunia Dari Lay's
    28.04.2017 - 0 Comments
    Kini, produk terbaru keluaran Lay's iaitu kerepek kentang bersalut coklat sudah pasti akan merubah dunia…