(Video) Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 22 June 2016

(Video) Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


MOSCOW 21 Jun – Seorang banduan menggunakan kelicikannya memecah masuk rumah apabila meloloskan diri dari tempat kurungannya hanya melalui lubang makanan dan minuman yang biasanya terdapat pada pintu setiap sel.

Malah, aksi Rustam Shahrudinov, 25, melepaskan diri tanpa seurat benang dari sel kurungannya juga sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Mail Online melaporkan, insiden itu berlaku di bandar Izberbash, Republik Dagestan di barat daya Rusia.

Dalam rakaman itu, Rustam dilihat bertungkus-lumus menolak keluar tubuhnya yang kurus kering bagi melepasi lubang berkenaan.

Setelah berjaya meloloskan diri, banduan itu mencapai pakaiannya menerusi lubang yang sama dan sempat memakai baju serta seluar sebelum berjalan pergi tanpa diawasi sesiapa.

Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


Video tersebut juga tidak memperlihatkan kelibat warden penjara, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kawalan keselamatan yang longgar.

Beberapa pegawai penjara juga telah dipecat berikutan insiden berkenaan.

Rustam yang dipenjara atas kesalahan memecah masuk rumah dan mencuri sememangnya terkenal dengan kelicikannya menyusup masuk ke tempat-tempat sempit semasa melakukan jenayah.

Namanya juga telah disenarai sebagai individu dikehendaki di Republik Dagestan selepas melarikan diri dari penjara.





sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat
    09.05.2016 - 0 Comments
    Gambar Hiasan RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima…
  • Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan
    02.06.2017 - 1 Comments
    BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu…
  • GEMPAR !!Bekas Kekasih Tak Tahu Awi Rafael Buat Lagu Tentangnya
    13.02.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael memberitahu walaupun lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta…
  • Aaron Aziz Dikejarkan Ke Hospital
    21.01.2015 - 0 Comments
    Selasa lalu telah berlangsungnya tayangan perdana filem Suamiku, Encik Perfect 10 di GSC Pavilion dengan…
  • Cool: Saintis Jepun Cipta Air Bersifat Elastik
    25.08.2016 - 0 Comments
    Menurut Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST), saintis Jepun telah pun mencipta sejenis bahan yang…