Wanita Ini Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 12 June 2016

Wanita Ini Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara

Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara


Seorang wanita telah ditinggalkan oleh suaminya kerana didapati tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan intim kali pertama.

Kejadian di India itu apabila Yogita Abhiyekar-Karale, 20 tahun menafikan berlaku curang kepada suaminya, Arjun 25.

Menjadi adat di wilayah Ahmednagar untuk melakukan ujian dara terhadap pengantin perempuan. Ujian itu menggunakan kain putih yang diletakkan pada katil pengantin untuk melihat sama ada darah wujud atau tidak selepas hubungan dilakukan.

Yogita nampaknya telah gagal dalam ujian itu selepas didapati tiada darah yang kelihatan pada kain putih tersebut.


Lelaki itu seterusnya telah memohon cerai terhadap isterinya di mahkamah.

Yogita yang merupakan seorang anggota polis berkata dia masih anak dara lagi dan mungkin selaput dara telah pecah selepas menjalani latihan lasak dalam pasukan polis.

Wanita itu merupakan isteri kedua kepada suaminya dan telah berkahwin pada 22 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas kes itu mendapat liputan luas, Arjun dikatakan telah mengubah fikiran dan mahu menarik semula permohonan cerai itu.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 5 Cara Tangani Suami Baran,Fahamkan Juga Kenapa Dia Jadi Pemarah
    06.05.2017 - 0 Comments
    Suami pemarah ini sebenarnya bahaya dalam perhubungan suami isteri. Kalau tak ditangani dengan baik boleh…
  • COOL : Samsung Lancar model baru,Samsung Galaxy S III mini
    14.10.2012 - 0 Comments
    Samsung Galaxy S3 telah pon dilancarkan beberapa bulan yang lepas.dan sedar tak sedar samsung telah…
  • COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia
    25.01.2013 - 0 Comments
    Bailong Elevator atau lebih dikenali sebagai Hundred Dragon Elevator merupakan sebuah lif kaca yang…
  • PERGH : 'Pengurus palsu' larikan kamera bernilai RM51,694
    13.05.2012 - 0 Comments
    BEE HOCK (kanan) dan Michael menunjukkan salinan laporan polis berhubung kecurian kamera di Kuala Lumpur…
  • Wanita ini telan berlian curi yang bernilai RM11.9 juta
    15.09.2015 - 0 Comments
    Jiang Sulian, 39, dari China yang mencuri berlian seberat enam karat terpaksa membenarkan doktor…