Lagenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 4 June 2016

Lagenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia

Lagenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia


LOS ANGELES: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun hari ini selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix di Arizona, kerana masalah pernafasan.

Berita mengenai pemergiannya itu disahkan oleh ahli keluarganya, sebentar tadi.

"Selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74," kata jurucakapnya, Bob Gunnell.

Ali, masyhur sepanjang kerjaya sukan tinju heavyweight yang menjangkau tiga dekad dan terkenal dengan panggilan "The Greatest".

Keadaan kesihatan Ali awal hari ini dilaporkan semakin tenat, kata sumber yang rapat dengan keluarga ahli sukan itu.

Sepanjang kariernya, Ali dianggarkan menerima 29,000 kali tumbukan daripada lawannya dan dengan itu dia dianggap manusia paling diiktiraf di dunia.

Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Ali peninju pertama menang juara heavyweight sebanyak tiga kali antara tahun 1964 dan 1978.

Antara kata-kata yang termasyhur dan diingati ialah mengenai dirinya iaitu: "Float like a butterfly, sting like a bee." (Terapung-apung seperti rama-rama, menyengat seperti lebah")

Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky, pada 17 Januari 1942, dengan nama Cassius Marcellus Clay Jr. Nama berkenaan digunakan sebagai berkongsi kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19.

Dia kemudian menukar namanya sebaik memeluk agama Islam pada tahun 1964. - AFP

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Patutkah Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin ??
    24.07.2012 - 1 Comments
    Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh…
  • 4 Sebab Wanita Menggemari Lelaki Yang Lebih Berusia
    30.01.2012 - 0 Comments
    Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita…
  • Video : Setahun Tidak Cukur Bulu Ketiak Dan Kaki, Wanita Ini Mahu Galak ‘Natural Beauty’
    28.04.2017 - 0 Comments
    Seorang blogger kecergasan telah mendedahkan rahsianya yang sudah setahun tidak mencukur bulu pada…
  • 18 Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan
    07.03.2012 - 0 Comments
    Jackie Chan dikenali sebagai pelakon aksi terkenal. Beliau memiliki reputasi sebagai pelakon yang sering…
  • WAJIB TAHU : BAHAYA MINUM AIR
    18.01.2012 - 0 Comments
    contoh air RO yg dijual di Malaysia hari ni Hann nak cerita sedikit tentang keburukan air RO(Reverse…