5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 25 August 2016

5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas

5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas


1. Menurunkan berat badan 
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.


2. Menyihatkan jantung 
Menyehatkan jantung.Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.


3. Mencegah Kanser
 Mencegah kanser.Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.


4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah.Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.


5. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress.Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Para penyelidik terkejut jumpa 'mumia' dalam patung Buddha
    26.02.2015 - 0 Comments
    AMERSFOORT - BELANDA. Sekumpulan para penyelidik terkejut apabila melihat rangka manusia terdapat dalam…
  • TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch
    11.04.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA – Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap…
  • Info Seksual : Faraj Akan Mengalami 3 Tanda Utama Ini Jika Isteri Bernafsu
    28.04.2017 - 0 Comments
    Ramai para suami yang keliru dengan anatomi faraj isteri mereka. Malah ada suami yang tidak mengenali…
  • GEMPAR !! Leeteuk Super Junior Tayang Nombor Telefon Di Twitter
    03.04.2012 - 0 Comments
    3 APRIL 2012:Ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk membuat kejutan besar buat peminatnya diseluruh…
  • WAJIB TENGOK!! budak comel yang tahan dari ngantuk
    27.01.2012 - 0 Comments
    budak comel yang akan buat korang tergelak gile2