(Video) Atlet Jepun Gagal Ke Final Kerana Palang Tersangkut Pada Zakar ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 18 August 2016

(Video) Atlet Jepun Gagal Ke Final Kerana Palang Tersangkut Pada Zakar

(Video) Atlet Jepun Gagal Ke Final Kerana Palang Tersangkut Pada Zakar


TEMASYA Olimpik Rio 2016 kali ini menyaksikan pelbagai sorotan peristiwa menarik telah dipamerkan para atlet yang bertanding pada kejohanan tersebut, daripada perasaan gembira, sedih sehinggalah adegan melucukan.

Namun, berbeza dengan nasib menimpa seorang atlet lompat bergalah dari Jepun, yang mungkin merasakan saiz ‘zakar besar’ dimilikinya gagal memberikan ‘tuah’ kepadanya pada kejohanan tersebut, semalam.

Ini kerana, atlet tersebut, Hiroki Ogita, 28, terpaksa berdepan detik memalukan selepas rakaman menunjukkan beliau gagal melepasi palang besi gara-gara palang tersebut tersangkut pada alat sulitnya, sebelum ia terjatuh.

(Video) Atlet Jepun Gagal Ke Final Kerana Palang Tersangkut Pada Zakar

Pada aksi peringkat saringan itu, Ogita yang melompat pada ketinggian halangan 5.3 meter (17.3 kaki) gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik untuk melayakkan beliau bersaing pada peringkat seterusnya.

Video yang dimuat naik di laman Youtube menunjukkan lutut Ogita sempat menyentuh palang besi, namun palang tersebut hanya bergoyang sebelum kemaluannya pula tersekat sehingga menyebabkan palang tersebut jatuh.

Akibat dari insiden tersebut, Ogita terpaksa akur berada di posisi ke-21, sekaligus menamatkan perjuangannya pada kempen temasya Olimpik Rio kali ini.

Sehingga kini video yang dimuat naik di laman Youtube Pocong Makenon ditonton lebih 3 juta pengguna media sosial, yang mana rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap nasib Ogita.

Kepada Ogita, jangan kecewa, anda harus berbangga dengan apa yang anda ‘miliki’.





sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! SIAPA PALING KUAT DAPAT FREE ULTRABOOK
    27.03.2012 - 0 Comments
    Hey guys,,ni ada video best hann nak share.han ada follow tweet intel,so diaorang share video ni.dan Han…
  • (5 Gambar) Alla Doktor Bedah Paling Tua, Tiada Kematian Sepanjang Buat Pembedahan
    01.06.2016 - 0 Comments
    Seusia umurnya 87 tahun, sudah tentu sebaya nenek atau moyang kita. Kiranya sedang rehat menikmati…
  • (Video) Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah
    25.08.2016 - 0 Comments
    Restoran yang diberi nama Ne Quittez Pas itu biasanya menyajikan pelbagai jenis menu makanan laut ala…
  • wanita mati dipercayai makan udang dan mengambil vitamin C
    04.02.2013 - 1 Comments
    Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga,…
  • 10 Bahagian Tubuh Perempuan Yang Mudah Terangsang
    12.05.2012 - 0 Comments
    *TIPS INI HANYA UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA 1. Rambut Jangan salah artikan jika wanita suka ke…