Remaja Ketagih Viagra Kerana Mahu Tunjuk Hebat ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 18 August 2016

Remaja Ketagih Viagra Kerana Mahu Tunjuk Hebat

Remaja Ketagih Viagra Kerana Mahu Tunjuk Hebat


Baru berusia 13 tahun, namun seorang remaja telah ketagih kepada Viagra selepas rakan-rakan sekelasnya memberitahu prestasinya di atas `katil’ akan menjadi hambar jika tidak mengambil ubat berkenaan.

Pendedahan mengejutkan ini berlaku di Britain dengan remaja terbabit menjadi individu termuda ketagih pada Viagra.

Dia mula menonton video lucah pada usia 12 tahun dan terpaksa mencuri duit ibu bapanya untuk mengatasi ketagihan berkenaan hinggakan dia mengambil enam pil Viagra ketika menghadiri parti seks.

Ketika itu ibu bapa remaja terbabit menyangka anak mereka bermain komputer games dengan rakan-rakan sebayanya.

Ketagihan berkenaan hanya diketahui selepas dia gagal mencapai syahwat tanpa Viagra dan susulan itu budak berkenaan telah diberikan rawatan psikologi.

“Saya kini sudah berusia 15 tahun dan zaman kanak-kanak saya sudah musnah.

“Ramai orang menyangka Viagra untuk lelaki pertengahan usia namun ia kini boleh diperolehi dengan mudah di sekolah. Ibu bapa dan pelajar perlu tahu apa yang berlaku.


“Saya menyesal mencubanya,’’ kata remaja terbabit.


Remaja itu yang berasal dari Lancashire, turut memberikan amaran bahawa pil Viagra itu boleh diperolehi dengan mudah melalui internet.

Dia mengaku mengambil Viagra kerana mahu menjadi seperti pelakon filem lucah.


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Khasiat-khasiat madu yang wajib diketahui !!
    25.02.2012 - 1 Comments
    * Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah. * Boleh mengendurkan urat-urat yang…
  • Bekas Pensyarah Mengaku Salah Terima Rasuah Beri Diploma Kepada Penuntut
    11.01.2013 - 0 Comments
    Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM10,000 ke atas seorang…
  • Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000
    02.06.2017 - 0 Comments
    Kadang-kadang, kita tidak boleh faham kenapa orang boleh membeli sesuatu pada harga pada kita tidak tidak…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK BANGUN PAGI 2
    14.03.2012 - 0 Comments
    Okay kalau dulu Han ada bagi tips yang dikredit dari 9GAG juga.cara bangun awal yang cool.di SINI..yang ni…
  • Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM
    13.09.2012 - 0 Comments
    Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai…