Serius: Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 25 August 2016

Serius: Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover


Australia - Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di sebuah gurun berdekatan Arnhem Land, Australia Utara.

Ahli arkeologi, Byrce Barker yang juga merupakan seorang profesor dari University of Southern Queensland mengatakan lukisan yang serupa juga pernah ditemui di Gua Chauvet, Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang mempunyai usia yang lebih tua iaitu kira-kira 30,000 tahun hingga 40,000 tahun.

"Apa yang membuatkan ia kelihatan unik adalah kerana ia dilukis pada arang, di mana tarikhnya mudah diperolehi," kata Barker seperti yang dikutip oleh Time of India.

Gambar erotik tersebut telah dilukis disebuah kawasan berbatu besar bernama Nawarla Gabarnmang, di mana keseluruhan tiang dan bahagian bawah batu tersebut mempunyai lukisan gua zaman purba. Satu-satunya jalan masuk ke kawasan tersebut adalah dengan menggunakan helikopter iaitu kira-kira 90 minit perjalanan dari bandar pedalaman Katherine.

Lukisan tersebut kelihatan amat sederhana berdasarkan cat yang hanya menggunakan warna merah dan putih sahaja. Namun, ia jelas menunjukkan imej seseorang sedang bersetubuh.

Selain itu, gambar erotik berkenaan tidak hanya menunjukkan satu imej sahaja, malah masyarakat purba pada ketika itu telah membuat satu cerita tentang seks hasil daripada rangkaian gambar-gambar tersebut.

Kali pertama ahli arkeologi dibawa ke tempat tersebut adalah kira-kira 5 tahun yang lalu oleh penjaga kawasan terbabit. Ia bertujuan untuk menunjukkan hasil seni purba yang terdapat di situ dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia sejarah lukisan berkenaan.

"Kami baru sahaja menggali sebahagian kecil dari kawasan tersebut dan berharap untuk menemui lebih banyak hasil seni purba yang berusia lebih daripada 28,000 tahun di sini," ujar Barker lagi.

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover


P/s: orang purba pon layan porno.huhu


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang
    11.03.2012 - 0 Comments
    Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli…
  • SERIUS : Lelaki Ini Mampu Melukis Dengan Menggunakan Mata
    05.11.2014 - 0 Comments
    Pelukis yang bernama Leonrado Granato hanya menggunakan matanya untuk memancutkan cecair lukisan pada…
  • Pelik ! Wanita Ini Menukar Namanya Kepada 'Abcdefg' kerana bosan dengan nama lamanya
    19.02.2015 - 0 Comments
    BOGOTA - COLOMBIA. Bosan dan inginkan kelainan, seorang wanita telah menukar namanya kepada Abcdefg…
  • Senarai Gaji Pemimpin Dan Golongan Korporat Di Malaysia
    05.11.2014 - 0 Comments
    Inilah senarai jumlah gaji, kelebihan dan faedah yang mereka peroleh setiap bulan dan tahun bermula dari…
  • WOW !! Aaron Aziz Menyanyi Buat Korang Cair
    26.02.2012 - 0 Comments
    korang nak denga suara Aaron Aziz menyanyi?asyik tengok dia berlakon,mesti nak tengok dia nyanyi kan.jom…