15 Fakta Mengenai Kuku Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 April 2017

15 Fakta Mengenai Kuku Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu

15 Fakta Mengenai Kuku Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu


1. Kuku kaki lebih lambat tumbuhnya
Kuku tangan anda tumbuh 3 atau 4 kali lebih cepat dibanding kuku jari kaki. Itulah sebabnya anda lebih kerap memotong kuku jari tangan daripada jari kaki.

2. Kuku kaki tebal 
Kuku kali ketebalannya hampir dua kali dibandingkan kuku tangan. itulah sebabnya anda merasa sedikit sukar untuk memotong kuku kaki.

3. Kuku jari tengah lebih cepat panjang 
Dalam sebulan, rata-rata kuku tangan anda tumbuh sekitar sepersepuluh dari 1 inci dan kuku jari tengah anda tumbuh lebih cepat.

4. Kuku ibu jari paling lambat pertumbuhannya 
Dari semua kuku di jari anda, kuku ibu jari pertumbuhannya adalah yang paling lambat.

5. Rajin potong jadi cepat tumbuh 
Jika anda memotong kuku secara teratur, maka kuku anda akan tumbuh lebih cepat.

6. Musim panas sering gunting kuku 
Kuku tumbuh lebih cepat pada iklim yang panas dibanding dingin, sehingga anda lebih kerap memotong kuku pada musim panas.

7. Siang lebih cepat 
Kuku anda tumbuh lebih cepat pada siang hari daripada malam hari.

8.Muda lebih cepat 
Seseorang yang usianya masih muda maka pertumbuhan kukunya lebih cepat daripada orang yang lebih tua.

9. Kuku dari keratin 
Komponen utama kuku sama dengan rambut anda iaitu sejenis protein yang disebut keratin.

10. Kuku tumbuh lebih cepat pada tangan yang dominan
Biasanya kuku jari kanan lebih cepat tumbuh tetapi jika anda seorang yang kidal, maka kuku di tangan kiri akan tumbuh lebih cepat berbanding yang kanan.

11. Picitan ringan boleh membantu pertumbuhan kuku 
Anda boleh merangsang pertumbuhan kuku dengan memicit-micit secara teratur. Tekan kuku dengan perlahan di atas meja atau dengan mengetik komputer.

12. Pemberitahu kesihatan 
Kuku anda boleh memberitahu kesihatan anda sama ada anda menghidap sesuatu penyakit. Contuhnya, jika kuku anda anda terdapat bintik putih, ini menunjukkan tubuh anda kekurangan kalsium.

13. Minum air jika kuku kering  
Jika anda memiliki kuku kering atau rapuh, ini disebabkan tubuh anda kurang air. Anda boleh membuatnya lebih sihat dengan meningkatkan jumlah pengambilan air.

14. Kuku dan sial 
Dalam banyak budaya, memotong kuku pada malam hari dianggap membawa sial. Dalam Islam kita disunatkan memotong kuku pada hari-hari tertentu iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

15. Kuku setelah meninggal 
Berlawanan dengan kepercayaan popular, rambut dan kuku sebenarnya tidak terus tumbuh setelah seseorang itu meninggal dunia. Sejak tubuh dehidrasi setelah meninggal, seolah-olah kuku dan rambut tetap tumbuh.


sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...