Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari ~ Bila Han Bercerita

Friday, 7 April 2017

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari


Seorang bayi berusia dua bulan di China hampir kehilangan ibu jari di tangan kirinya selepas dililit oleh sehelai rambut.

Rambut dari kepala ibunya itu melilit ibu jari bayi berkenaan dengan kuat sehinggakan anggota badan itu membengkak dengan besar.

Bagaimanapun, bayi terbabit bernasib baik apabila doktor berjaya mengesan dan membuang rambut itu dalam satu operasi pada Jumaat tanpa sebarang pemotongan (jari).

Menurut Jiangsu TV, ibu terbabit yang dikenali sebagai Wang membawa bayinya itu ke hospital Renci di Xuzhou pada 10 Februari lalu.

Wang memberitahu pemberita bahawa bayinya itu sudah menangis di rumah selama empat ke lima hari tetapi dia tidak perasan perkara itu (rambut mengikat jari).

"Mungkin ia berlaku ketika saya memegangnya secara rapat, saya tidak perasan langsung dan saya tak periksa dengan terperinci." kata Wang.

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

Rambut berkenaan terikat di sekeliling ibu jari bayi tersebut selama beberapa hari sehingga menyebabkan aliran darah terhenti dan menyebabkan bengkak.

Dr. Hu Jun Sheng menjelaskan perkara itu mungkin menyebabkan kematian tisu dan kemungkinan pemotongan jari jika bayi itu dihantar lambat sehari.

"Tisu lembut di ibu jari terkoyak, menyebabkan aliran darah perlahan ke hujung jari" tambahnya.

Bayi tersebut kini dalam proses penyembuhan.

Dr. Hu juga mengingatkan kepada ibu muda agar memastikan rambut mereka dalam keadaan pendek atau terikat untuk mengelakkan insiden itu dari berlaku.

Insiden ini dikenali sebagai Toe Tourniquet Syndrome dan ia boleh berlaku kepada bayi baru lahir kerana selepas mengandung, para ibu biasanya mengalami keguguran rambut.

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari


sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas 1.4 Juta Euro Demi Gaza?
    20.11.2012 - 0 Comments
    Konflik Israel – Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza menarik perhatian pemain bola sepak terkenal,…
  • How to Undo a Sent Email Message in Gmail
    15.01.2012 - 0 Comments
    Emails are widely used everywhere, every business deal is simply texted to other person and then…
  • Cara Mengenal Kedai atau Tempat Perniagaan Mengunakan Pelaris
    17.01.2012 - 0 Comments
    Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir…
  • COOL : Samsung Lancar model baru,Samsung Galaxy S III mini
    14.10.2012 - 0 Comments
    Samsung Galaxy S3 telah pon dilancarkan beberapa bulan yang lepas.dan sedar tak sedar samsung telah…
  • COOL !! iPad 3 jadi rebutan
    17.03.2012 - 0 Comments
    SEJUMLAH orang berbaris semasa menunggu untuk membeli iPad di Sydney, Australia semalam.  LONDON -…