(Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 April 2017

(Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas

(Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas


Pada 18 November 2011, minuman bir 'Natural Light' dengan rasminya telah menjadi minuman bir pertama yang berada di angkasa lepas.


Dua orang peminat Facebook 'Natural Light', Danny dan Rich, muncul dengan idea gila untuk menjadikan minuman bir 'Natural Light' sebagai bir pertama di angkasa lepas.


Menurut mereka, minuman 'Natural Light' ni membantu diorang dalam mencapai impian, dengan menawarkan sokongan terhadap usaha mereka di laman sosial, Facebook.


Pada 16 November 2011, kapal angkasa itu telah dinamakan sebagai Alluminium Fullcan oleh peminat nya di laman Facebook.


Kapal angkasa tersebut telah dilancarkan pada 17 November 2011 melalui sebuah belon cuaca tepat pada pukul 11.11 a.m dan mendarat semula ke Bumi tepat pada pukul 1.45 p.m. Ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kapal angkasa tersebut naik pada ketinggian 90,000 kaki.


Kapal angkasa yang diberi nama 'The Alluminium Fullcan' itu mendarat sejauh 60 batu dari tempat ia dilancarkan dan mengambil masa 2 jam sebelum Danny dan Rick menemuinya dengan berpandukan GPS disebabkan oleh pendaratan dikawasan luar bandar. Projek tersebut dianggap sebagai satu kejayaan, dan pada keesokkan harinya, minuman bir 'Natural Light' dengan rasminya menjadi Minuman Bir Pertama Di Angkasa Lepas.


Kapal angkasa tersebut terdiri daripada bekas penyejuk styrofoam yang membawa bir pertama (bir penuh) di dalam bekas, alat penjejak GPS, dan kamera video HD yang menunjuk ke arah tin kosong di luar bekas tersebut.


Kalau korang nak tengok perjalanan minuman bir tu ke angkasa lepas, meh tengok video kat bawah ni




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Cara Untuk Banduan Kurangkan Hukuman Di Brazil
    25.07.2012 - 0 Comments
    Sebuah penjara di Santa Rita de Sapucai mempunyai sebuah idea yang unik bagi mengurangkan hukuman…
  • Petua untuk Ketatkan Faraj (Miss-V)
    23.06.2015 - 0 Comments
    Petua ketatkan faraj ini adalah khas kepada kaum wanita untuk mengetatkan faraj mereka terutamanya yang…
  • AKHIRNYA !! Lelaki rempuh ahli Le Tour serah diri dan beri penjelasan
    20.03.2012 - 0 Comments
    AMPANG: Seorang lelaki yang melanggar penunggang basikal, Rafizi Hamdan, 37, sehingga terbunuh dalam…
  • Elakkan 6 Perkara Ini Ketika Melakukan Hubungan Intim!
    16.04.2017 - 0 Comments
    Sehebat mana pun kepakaran anda dalam memainkan peranan dalam memuaskan kehendak nafsu pasangan, pastinya…
  • Digantung Kerja, Juruterbang Didapati Tidur Dalam Pesawat Sebaik Saja Berlepas
    09.05.2017 - 0 Comments
    Seorang penumpang dikatakan sempat mengambil gambar ketua juruterbang Syarikat Penerbangan Antarabangsa…