Video : Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut' ~ Bila Han Bercerita

Friday, 28 April 2017

Video : Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut'

BEN Sumadiwiria menunjukkan mi paling pedas di dunia di sebuah gerai kecil di tepi jalan di Jakarta

JAKARTA: Seorang cef Britain yang makan mi paling pedas di dunia, 4,000 kali ganda lebih pedas berbanding sos Tabasco, pekak selama dua minit selepas menjamah hidangan itu.

Ben Sumadiwiria, 22, dari London menemui hidangan itu di sebuah gerai kecil di tepi jalan di ibu kota ini.

Mi yang digelar 'mi maut' itu mengandungi 100 biji cili api burung digiling bersama, memberinya penarafan Scoville (ukuran kepedasan) sebanyak 20 juta berbanding sos Tabasco yang berskala 5,000. Sebiji cili api burung diberi 200,000 unit Scoville.

Selepas Ben melahap makanan itu, badannya mula berpeluh, rasa berpusing dan terpaksa merendam kepalanya dalam air, malah pekak selama dua minit.

Cef itu berkata: "Ini adalah makanan paling pedas pernah saya makan. Dalam masa beberapa saat memakannya, badan saya berpeluh dan merasa tidak sihat.

Video : Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut'

"Sesiapa saja yang mencubanya akan muntah ke longkang. Ia dikenali sebagai 'mi maut' dan sesetengah penduduk tempatan mampu menghabiskan semuanya, ...agak gila," katanya.

Ben, seorang cef sepenuh masa dan pembuat video yang mana ibu bapanya berasal dari Indonesia, melawat keluarganya di kawasan itu, membayar Rp34 (RM0.01) untuk sepinggan mi dan telur goreng.

Cili jenis Carolina Reaper direkodkan antara paling pedas di dunia dengan penarafan unit Scoville sebanyak 2.2 juta, namun apabila dicampurkan dengan cili lain ke dalam sepiring makanan, ia seperti mi maut yang menghasilkan kepedasan melampau. - Agensi




sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat
    13.11.2016 - 0 Comments
    Flagship terbaru Google, Google Pixel yang boleh dikatakan saingan hebat kepada iPhone 7 baru-baru ini…
  • KFC Hong Kong Hasilkan Pewarna Kuku Perisa Ayam Yang Boleh Dimakan !
    15.05.2016 - 0 Comments
    Sesuai dengan tagline 'Sampai menjilat jari' kini KFC menghasilkan produk terbaharunya. Bukan variasi…
  • Zac Efron Dikutuk Kerana Mulut Busuk
    08.04.2012 - 0 Comments
    PELAKON Zac Efron mengakui pernah melalui pengalaman buruk di saat melakonkan babak bercumbuan dalam…
  • Apple bakal menyaman Blackberry?
    04.02.2013 - 1 Comments
    Pakar teknologi percaya Apple akan memfailkan saman ke atas Blackberry sekiranya jualan iPhone mengalami…
  • Cara Syaitan Bogelkan Wanita
    11.05.2017 - 0 Comments
    Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha…