Info : Senaman Kemutan Penting Untuk Organ Intim Lelaki & Wanita ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 12 April 2017

Info : Senaman Kemutan Penting Untuk Organ Intim Lelaki & Wanita

senaman kemutan buat lelaki dan perempuan

Senaman kemutan sememangnya penting untuk kesihatan organ intim lelaki dan wanita. Bukan sahaja untuk anda yang telah berkahwin, ia juga memberi manfaat untuk yang masih belum berkahwin.

Walaupun bunyinya agak melucukan, senaman ini mampu memberi kesan positif yang menakjubkan. Boleh dilakukan di mana-mana saja, ia membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah anda mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

1. Mencapai Orgasme

Wanita yang rutin melakukan senam ini akan lebih mudah mengalami rangsangan intim, malah dapat mencapai klimak hanya dengan menerima rangsangan pada titik yang tepat. Manakala suami pula akan dapat mencapai klimak disebabkan oleh daya cengkaman faraj wanita.

2. Bina Otot Panggal Zakar

Senaman ini juga dapat membina otot benteng di pangkal zakar. Jika organ zakar ereksi, senaman kemutan ini dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar bahagian depan.

3. Ketatkan Otot Faraj

Ia dapat membantu menyempitkan pembukaan faraj yang renggang sekali gus menjadikan hubungan intim lebih memberangsangkan. Jika corong faraj sempit, angin tidak akan mudah masuk ketika wanita bergerak malah ia juga tidak akan mengeluarkan bunyi seperti angin keluar-masuk ketika hubungan intim berlangsung.

4. Menjaga Kekuatan Ereksi

Jika organ intim ereksi itu dikemutkan saat anda melakukan penetrasi faraj, ia akan memudahkan anda menyalurkan ereksi di dalam faraj. Bahkan kemutan saat ereksi juga dapat mengekalkan ereksi dan mengubah posisi. Secara tidak langsung akan menambahkan lagi nikmat untuk suami dan isteri klimaks.

5. Atasi Kencing Bocor

Senaman ini akan membantu anda mengatasi masalah fesus atau inkonteinensia urine iaitu keadaan air kencing anda bocor dan anda tidak mampu menahannya

6. Kawal Kencing Menitis

Ada sesetengah orang mengalami kencing menitis terutamanya saat anda ketawa, batuk, selepas anda membuang air kecil atau mandi. Dengan melakukan senaman ini, anda akan dapat mengawal sistem membuang air kecil.

7. Pancutan Lebih Kuat

Testimoni yang dibuat ke atas orang yang melakukan senaman kemutan ini menunjukkan bahawa pancutan mereka menjadi lebih kuat dan jauh ke dalam. Ini kerana mereka telah berlatih untuk menahan ejakulasi sehingga ke tahap kemuncak dan baru dilepaskan.

8. Meningkatkan Ghairah

Senaman ini dapat membantu meningkatkan kepuasan saat berhubungan intim. Ia boleh meningkatkan aliran darah seterusnya menyebabkan daya cengkaman faraj wanita semakin kuat dan daya tahan organ intim lelaki meningkat sekali gus meningkatkan ghairah di bahagian-bahagian tertentu.

9. Atasi Masalah Prostat

Senaman ini juga bagus untuk lelaki mengatasi masalah prostat. Ia dapat memperbaiki keadaan kelenjar prostat dan masalah kesihatan yang berhubungan dengan kelenjar prostat kerana ia menguatkan kembali otot dasar organ intim.


sumber



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...