Kepala Wanita Tersepit Di Pintu Gerabak, Pegawai Stesen Buat Tak Nampak ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 11 April 2017

Kepala Wanita Tersepit Di Pintu Gerabak, Pegawai Stesen Buat Tak Nampak

kepala tersepit


Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya tersepit pada pintu gerabak kereta api bawah tanah di bandar raya The Bronx, Amerika Syarikat.

Memetik laporan New York Post, kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu sekitar jam 12.45pm di Stesen Woodlawn.

Lebih malang lagi, orang ramai yang melintas di hadapan pintu itu tidak membantunya, termasuk pekerja stesen berkenaan.

Video yang tular di media sosial menunjukkan kepala wanita itu dari paras leher terjulur keluar sementara anggota tubuhnya yang lain masih di dalam gerabak.

Dia terperangkap dalam keadaan itu sepanjang kereta api berkenaan berhenti di stesen itu. Seorang pengguna merakam penderitaannya sementara yang lain hanya melintas gerabak itu tanpa usaha untuk membantunya.

Wanita itu bagaimanapun tidak merayu untuk dibantu. Lebih aneh lagi, dia juga tidak kelihatan cemas mengenai keadaannya itu.

Seorang wanita lain kedengaran meminta seseorang membantu membuka pintu berkenaan.

Bagaimanapun, video itu tidak menyatakan stesen tempat kejadian itu dirakam atau berapa lama wanita itu tersepit dan sama ada dia cedera.-CARI





Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 6 PERANGAI PEREMPUAN YANG BUAT LELAKI GILA BAYANG
    18.01.2012 - 0 Comments
    1.PANDAI JAGA PENAMPILAN Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan…
  • FUHH Saiful Apek tuntut RM200,000 dari David Teo
    11.05.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo…
  • Asal-Usul Hari Raya Aidiladha
    12.03.2012 - 0 Comments
    Asal-Usul Aidiladha Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi…
  • COOL !! Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma'
    16.03.2012 - 0 Comments
    Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof menerima replika cek bernilai RM9,700 daripada penyanyi…
  • Cara Memanjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda
    29.09.2014 - 0 Comments
    Seperti yang semua maklum, zaman sekarang terlalu banyak telefon bimbit atau handphone yang canggih…