Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze. Jom Cuba! ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 18 May 2017

Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze. Jom Cuba!

Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze


Aplikasi Waze menjadi rujukan utama buat pengguna tempatan mengetahui arah perjalanan menuju ke destinasi pilihan, selain mengetahui manakah jalan paling pantas atau paling menjimatkan untuk dilalui.

Waze sebelum ini menawarkan pilihan suara selebriti popular buat pengguna menggunakan peta mereka, dan kini mereka melangkah setapak lagi dengan menawarkan pengguna merekod suara mereka sendiri sebagai navigasi semasa memandu.

Buat masa ini ianya hanya ditawarkan buat pengguna peranti Android sahaja, dan kami yakin tidak lama lagi pengguna iphone juga akan menerima kemaskini terbaru ini.


Proses untuknya adalah sangat mudah. Pengguna dipaparkan dengan 39 frasa berbeza dengan had masa untuk setiap satunya – dan anda boleh memilih serta merakamkan suara anda untuk setiap arahan berkenaan.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan daripada penggunaan suara sendiri ini adalah ia tidak membacakan kepada anda nama jalan yang spesifik.

gunakan suara sendiri untuk waze


Bagi anda yang berminat, anda boleh mengemaskini aplikasi Waze untuk Android anda hari ini. Seterusnya ke halaman tetapan, dan memilih “Sound & Voice”, seterusnya “Voice Recorder”.


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Lelaki ini Belikan Cincin Berlian Untuk Isterinya Dengan Wang Simpanan Kutip Sampah
    21.12.2014 - 0 Comments
    Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah membeli cincin berlian untuk isteri…
  • RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari
    19.12.2014 - 0 Comments
    Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari depan, sekiranya…
  • Compleat FoodSkin - Bekas Makanan Yang Fleksibel
    15.09.2013 - 0 Comments
    Syarikat yang berpangkalan di Norway, iaitu Unikia, sering mengeluarkan barangan yang sangat menarik.…
  • 10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat.Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol
    13.11.2014 - 0 Comments
    1. Bawang putih Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan…
  • 6 Penyebab Malas Belajar
    24.01.2012 - 0 Comments
    Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah…