Video : Berang Suami Curang, Wanita Telan Wang AS$7,000 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 May 2017

Video : Berang Suami Curang, Wanita Telan Wang AS$7,000

sumi curang wanita makan duit, women swallowed money, cheat husband consiquences, eat money

BOGOTA – Seorang wanita nekad menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM30,280) hanya kerana mahu menyembunyikan not tersebut daripada suaminya yang dipercayai curang.

Mirror. co melaporkan, wanita warga Colombia, Sandra Milena Almeida menelan gulungan wang kertas AS$100 (RM433) itu kerana marah selepas bertengkar dengan suaminya.

Doktor dari rantau Amerika Selatan yang melakukan pembedahan mengeluarkan wang berkenaan berkata, wanita berusia 30 tahun itu menelan kira-kira 57 keping not 100 dolar.

Wang tersebut merupakan hasil jualan beberapa perkakas elektrik di rumahnya yang akan digunakan untuk pergi bercuti bersama-sama dengan suami.

Tetapi selepas menyedari suaminya curang, Almeida mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu dan menelan semua wang berkenaan dalam usaha untuk menyembunyikannya.

Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Santander, Juan Paulo Serrano berkata kebanyakan wang terbabit dikeluarkan daripada perut, manakala selebihnya melalui usus besar.

Jelasnya, tindakan wanita itu menelan wang terbabit tanpa dibaluti plastik disifatkan sebagai tindakan terdesak.


sumber

P/s; kesian la hai, kalau hati tengah sakit bercampur marah memang mendorong kepada perlakuan yang tak dapat difikir oleh akal.


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • TUTORIAL : TINGKATKAN SIGNAL WIFI
    24.01.2012 - 2 Comments
    Kali ni Hann ingin berkongsi siri tutorial terbaru dengan korang semua. Mesti korang pernah kecewa dengan…
  • Buah Letup Ini Dijual Pada Harga RM3,000 Sekilogram !
    15.05.2017 - 0 Comments
    Buat anda yang lahir di era 90-an, dibesarkan di desa dan kampung, buah ini merupakan buah yang boleh…
  • Syiling Emas Seberat 100Kg Telah Dicuri Secara Misteri
    16.04.2017 - 0 Comments
    Pernah tengok filem Italian Job, Ocean Eleven dan seumpama dengannya? Ia mengisahkan sekumpulan perompak…
  • COOL : Kreatif level 900 gunakan botol sebagai lampu
    06.05.2012 - 0 Comments
    botol diletakkan di atap bagi membantu menghasilkan pencahayaan yang murah Hey people,tajuk entri aku da…
  • 5 Orang Yang Diiktiraf Paling Genius Di Dunia
    23.10.2012 - 0 Comments
    Manusia genius merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada insan terpilih. Menjadi…