Zac Afron Bakal Lakonkan Watak Pembunuh Bersiri Ted Bundy ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 28 May 2017

Zac Afron Bakal Lakonkan Watak Pembunuh Bersiri Ted Bundy

zac efron berlakon jadi jahat

Pelakon Hollywood Zac Afron yang dikenali dengan wajah "cute" nya, akan menggalas cabaran besar melakonkan watak salah seorang pembunuh bersiri paling terkenal di dunia,Ted Bundy menerusi filemnya akan datang.

Zac yang juga merupakan bekas bintang saluran Disney itu dikatakan akan membawakan watak paling gelap pernah disandangnya.

Berdasarkan laporan, filem yang berjudul Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile itu akan memulakan pengambaran tidak lama lagi dan akan ditayangkan pada tahun 2018 nanti.

Filem yang bakal diarahkan oleh Joe Berlinger itu mengisahkan tentang kehidupan Ted Bundy, seorang lelaki yang menggunakan rupa kacaknya bagi memperdayakan mangsaa dan membunuh hampir 30 orang wanita dari tahun 1961 hinggalah 1978.

Ted Bundy dikenakan hukuman renjatan elektrik sampai mati pada tahun 1989.

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! DALAM MINYAK MASAK ADA TUALA WANITA !
    27.02.2012 - 0 Comments
    JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita. JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala…
  • COOL : Tutorial buat gambar di Facebook
    24.07.2012 - 1 Comments
    Hello,hann rasa ramai yang dah tau benda neh.tapi saje nak share,haha..tutorial buat gambar kat facebook…
  • Apa Itu Lomography
    21.06.2012 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu Kamera lomo sekarang amat digemari remaja sekarang,terutamanya kaum wanita,tapi…
  • GEMPAR!! Facebook keluarkan kad ID untuk pengguna facebook?
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.cool kan?,sorry geng,ni kad id main2.gua merayau kat google jumpe benda ni,bukan…
  • Kontraktor palsu tipu RM2 juta
    28.10.2012 - 0 Comments
    KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei…