Remaja 16 Tahun Jana Pendapatan Sebanyak RM260,000 Dengan Hanya Beri Nama Anak Dalam Bahasa Inggeris ~ Bila Han Bercerita

Friday, 5 May 2017

Remaja 16 Tahun Jana Pendapatan Sebanyak RM260,000 Dengan Hanya Beri Nama Anak Dalam Bahasa Inggeris

Remaja 16 Tahun Jana Pendapatan Sebanyak RM260,000 Dengan Hanya Beri Nama Anak Dalam Bahasa Inggeris


Dengar seperti tidak masuk akal apa yang dilakukan kerana ia hanya boleh dilakukan dengan hanya logik akal sahaja sudah selesai masalah tersebut. Tetapi itulah yang berlaku kepada Beau Jessup yang baru sahaja berumur 16 tahun apabila berjaya menjana pendapatan hampir £50,000 dengan menolong ibu bapa di China hanya memberi nama inggeris kepada anak-anak mereka.

Menurut Portal Mirror, terdapat permintaan yang agak tinggi untuk servis memberi nama inggeris di negara tersebut kerana ibu bapa di China inginkan nama anak-anak mereka mempunyai bahasa dan bunyi barat.


Bagi mereka, dengan memiliki nama tersebut ia senang disebut, dibaca dan ditulis dan akan menambahkan peluang mereka untuk mendapat kerja dan belajar di Universiti luar negara.

Namun, akibat akses internet disekat oleh pihak kerajaan di negara tersebut, ibu bapa di China biasanya akan memberi nama inggeris yang pelik kepada anak mereka sehingga ada yang menamakan seperti Rolex, Cinderella, Rambo dan Gandalf, walaupun mereka tidak tahu pun apa maksud disebalik nama itu.

Menurut Beau, beliau sering diminta untuk menamakan bayi-bayi rakan ibu bapa mereka apabila beliau berada disana. Bagi mereka (ibu bapa China) nama inggeris amat penting kerana jika menggunakan nama China ia tidak boleh digunakan di emel atau permohonan Universiti di United Kingdom dan nama tersebut akan melekat dalam hidup sehingga mati.

Bagi Beau, beliau telah mendengar pelbagai nama inggeris yang telah digunakan di China dan kebanyakkannya tidak elok digunakan oleh orang di sana kerana mereka guna melalui filem atau internet. Beau mengambil peluang ini bagi membantu orang China dengan memberi nama yang betul kepada anak-anak mereka.

Laman web Beau membolehkan ibu bapa memilih nama inggeris untuk anak-anak mereka dengan memilih karakteristik yang mereka ingin seperti Cinta, elegan, sensitif dan lain-lain. Sebanyak 221,000 nama bayi telah dikeluarkan oleh laman web tersebut sejak ia dilancarkan enam bulan lalu.

Ibu bapa akan dikenakan caj sebanyak 60p (RM3.20) jika cuba kali ketiga dalam memilih nama dan setakat ini Beau telah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak £48,000 (RM260,000).


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah
    26.02.2015 - 0 Comments
    Pelakon terkenal Bollywood, Shahrukh Khan mengambil langkah drastik apabila melibatkan diri dalam kempen…
  • COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia
    25.01.2013 - 0 Comments
    Bailong Elevator atau lebih dikenali sebagai Hundred Dragon Elevator merupakan sebuah lif kaca yang…
  • Waitomo Glowworm : Gua Ajaib Yang Dipenuhi Kilauan Bintang di New Zealand
    14.05.2017 - 0 Comments
    Gua ini dikenali dengan nama Waitomo Glowworm, sebuah gua batu kapur yang berada di luar Waitomo, North…
  • ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri
    17.03.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya…
  • COOL !! Nenek belajar Karate kerana bimbang dirogol
    09.03.2012 - 2 Comments
    PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas Karateka di Korogocho gigih…