Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA' ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 23 October 2012

Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'


Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'

Hanya kerana diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati sebelum mayatnya dibungkus lalu dicampak dalam semak di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Udang di sini kelmarin.

Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam ketika gerakan mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung dijalankan selepas dia didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam.

Kali terakhir Syed Rasikin dilihat ibunya, Asimas, 30, pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.

Difahamkan ibu bapa mangsa juga merupakan warga Kemboja dan mereka mengenali suspek kerana bekerja bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.

Ketika gerakan mencari tersebut, kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Menurut beliau, seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.-kosmo

P/s : giler betul.apa pon takboleh

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALLAHUAKBAR !! Patung Jesus Disambar Petir
    29.02.2012 - 2 Comments
    Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang…
  • Restoran McDonald's pertama di Malaysia (1982)
    05.08.2012 - 1 Comments
    Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang…
  • GILA !! Cokelat 18SX Yang Pelbagai
    26.02.2012 - 0 Comments
    Kat mane la ade jual cokelat macam nih?? aneh2 la woi.jual secara terbuka pulak tuh.puih.rosak minda…
  • Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD
    11.01.2015 - 0 Comments
    JEPUN - Sebuah portal berita melaporkan gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual…
  • COOL : Laptop terbaik sepanjang 2011
    15.02.2012 - 0 Comments
    10. Apple Macbook Air • Brand : Apple • Model : MacBook Air (1.86 GHz) • Processor : Intel core2…