Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 October 2012

Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan

**UPDATE: GAMBAR KEMALANGAN GTR35 VS SKYLINE DI >SINI<

Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan
gambar hiasan

KUANTAN: Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan yang merupakan seorang warga China.
Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21.

Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR berkenaan.


Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok.


"Pemandu kereta Nissan GTR itu sedang membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan awal, kedua-dua kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan," katanya.

Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. - Bernama

P/s :berhati2 dijalan raya.takyah la sampai berlumba bagai.huhu

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Chef Wan Membuka Restoran Pertama Di Singapura
    04.06.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan…
  • WOW COOL !! Honda Jazz Hybrid Dilancarkan – RM94,800 OTR
    17.03.2012 - 1 Comments
    Honda Jazz Hybrid kini dilancarkan secara rasminya dalam satu perjumpaan bersama media di FRIM, Harga yang…
  • Preauricular Sinus: Ini Sebab Mengapa Sesetengah Orang Mempunyai Lubang Kecil Di Atas Telinga Mereka
    27.11.2016 - 0 Comments
    Di United Kingdom, hanya satu dalam 100 orang mempunyai lubang kecil seperti dalam gambar. Ini dinamakan…
  • Segitiga Bermuda Bukan Tempat Dajjal !!!
    01.02.2012 - 0 Comments
    Segitiga Bermuda Bukan Tempat Dajjal (QS Al Kahfi 1 - 10) Segitiga Bermuda (Bermuda Triangle), atau…
  • PELIK !! LELAKI INI MEMAKAI LAMPIN SELAMA 18 TAHUN
    23.03.2012 - 0 Comments
    London – Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya selama 18 tahun dengan memakai…