COOL :[VIDEO] Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 28 October 2012

COOL :[VIDEO] Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt


Robot Yang Boleh Berlari Lebih Laju Daripada Usain Bolt

The Cheetah merupakan sebuah robot yang mampu bergerak dengan pantas dalam sejarah dan ia telah dicipta oleh tentera US dan Agensi Penyelidikan DARPA. Ia dikatakan mampu bergerak lebih kaju berbanding Usain Bolt.

Menurur pihak International Association of Athletics Federations, Bolt telah berjaya memegang rekod dunia pada tahun 2009 semasa dia berlari pada 27.78 batu sejam pada sela 20 meter semasa larian pecut 100 meter.

 The Cheetah walaubagaimana pun baru-baru ini telah mencatatkan kelajuan sebanyak 28.3 batu sejam pada sela 20 meter dan ia mempunyai sedikit kelebihan berbanding Bolt kerana ia hanya berlari di atas treadmill.

The Cheetah sedang dibangunkan dan diuji di bawah program DARPA's Maximum Mobility & Manipulation (M3) oleh Boston Dynamics.

"Model robot seperti Cheetah merupakan sesuatu yang anggun dan penuh dengan inovasi, tetapi matlamat kita bukan lah untuk menyalin alam semula jadi," kata Gill Pratt, pengurus program DARPA.

"The Cheetah telah menjadi contoh yang terbaik untuk bagaimana kejuruteraan semulajadi telah berjaya mencipta kelajuan dan ketangkasan di kawasan yang kasar. Ia telah mendapat suntikan idea-idea dari reka bentuk alam dalam corak langkah, lenturan pada bahagian belakang, penempatan anggota dan kestabilan."

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Mari kita saksikan video dibawah pula



sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan
    13.10.2012 - 4 Comments
    Instagram merupakan sebuah syarikat yang semakin popular dengan aplikasi mengubahsuai gambar dan…
  • Kesan memakai pakaian dalam semasa tidur
    23.01.2012 - 0 Comments
    ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang…
  • 11 Fakta Tentang Barli Yang Anda Wajib Tahu
    22.06.2016 - 0 Comments
    Adakah anda suka minum air barli? Dalam keadaan cuaca panas ini amatlah sesuai meminum air barli kerana…
  • Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar
    10.05.2016 - 0 Comments
    Siasatan polis mendapati satu sindiket di Gombak menjual dadah berperisa anggur, dengan label jenama…
  • COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion
    24.05.2012 - 0 Comments
    LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google…