COOL : Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 27 October 2012

COOL : Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari


Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari

LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.

Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri.

sumber

P/s :waa.cari najis musang je dapat  rm700 sehari..ngehehe

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pesanan Penting BRUCE LEE Pada Muridnya
    22.02.2012 - 0 Comments
    A student asked Bruce Lee to teach him everything he knew about martial arts. Bruce held up two cups…
  • Inilah Presiden Termiskin Di Dunia!
    13.10.2012 - 0 Comments
    Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin)…
  • KIUB AIS YANG SANGAT COOL !!
    19.01.2012 - 0 Comments
  • Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadi
    03.03.2012 - 0 Comments
    AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah…
  • Pergh!!  Lukisan Paling 'Simple' Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta
    23.05.2013 - 0 Comments
    Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini betul-betul…