Najis Lembu Jana Elektrik ~ Bila Han Bercerita

Friday, 26 October 2012

Najis Lembu Jana Elektrik


Najis Lembu Jana Elektrik

LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini.

Pendekatan menggunakan najis lembu untuk menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini.

Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini.

Mereka mahu bekalan kuasa itu menggerakkan K-1 Express Gondola membawa peminat ski ke kemuncaknya setinggi 4,241 kaki, kata jurucakap pusat peranginan berkenaan, kelmarin.

Program tenaga kitar semula

Bekalan elektrik daripada najis haiwan itu disalurkan menerusi program tenaga dikitar semula di loji terbesar New England, Green Mountain Power.
Dimulakan pada 2004 oleh agensi Perkhidmatan Awam Pusat Vermont yang kemudian dibeli oleh syarikat induk Green Mountain Power pada tahun ini, pogram ‘kuasa lembu’ itu menghasilkan lima megawatt menerusi najis 10,000 daripada 270,000 ternakan di negeri ini.

Program itu menetapkan, najis akan dikumpul pada siang hari dan dicampur dengan air bersih daripada peralatan menghasilkan susu.

Pengendali program berkenaan memberitahu, mereka pada masa ini menggunakan 300,000 gelen najis sehari. – REUTERS

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! TELEFON BIMBIT TAG HEUR BERHARGA RM12,000
    16.03.2012 - 0 Comments
    Bila sebut Tag Heuer, yang terlintas dalam fikiran kita adalah produk jam tangannya yang bergaya dan…
  • 50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu
    14.07.2012 - 0 Comments
    50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ORANG MELAYU TERKAYA DI…
  • WOW !! Senyum 45 saat terima US$1.5 Juta !!
    21.03.2012 - 0 Comments
    Dia tampil di iklan produk kopi Itali, Lavazza, Julia mendapat bayaran US$ 1,5 juta. Dan di iklan…
  • Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia Di Tempat Ke-106)
    16.04.2017 - 0 Comments
    Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah…
  • PANAS !! Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz Di Twitter
    09.04.2012 - 0 Comments
    kredit gambar-mummynemo Hey guys,okay semalam korang semua mesti tahu ada ABPBH(Anugerah bintang popular…