Kapal mewah peninggalan Steve Jobs ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 30 October 2012

Kapal mewah peninggalan Steve Jobs


Kapal mewah peninggalan Steve Jobs
GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter.

NEW YORK - Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat, Steve Jobs (gambar) sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang 80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Namun, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini, setahun selepas kematiannya.

Ia yang dibina sebuah syarikat pembinaan kapal di Belanda diberi nama Venus.

Kos pembinaan kapal berkenaan tidak dapat dipastikan.

"Saya tahu, saya mungkin meninggal dunia dan meninggalkan isteri saya, Laurene bersama sebuah kapal yang separuh siap," kata Jobs kepada penulis biografi, Walter Isaacson.

Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 akibat komplikasi kanser pankreas tidak sempat melihat kapal berkenaan siap sepenuhnya.

Keluarga Jobs memberikan alat pemain muzik iPod Shuffle kepada setiap kru yang membantu membina kapal tersebut.

Antara peralatan canggih yang terdapat dalam kapal itu ialah komputer iMac. - Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WANITA DAN LELAKI WAJIB TAHU KESAN DARA MELALUI KENTUT !!
    18.02.2012 - 0 Comments
    Hey guys,korang mesti terkejut dengan tajuk entri ni kan.,sebenarnya xde papepon yang nak dirisaukan cume…
  • COOL : Ukiran Kayu Terpanjang Di Dunia Dan Mengambil Masa Selama 4 Tahun Untuk Disiapkan
    05.12.2013 - 0 Comments
    Zheng Chunhui, seorang artis berbakat dari China, baru-baru ini mempamerkan ukiran kayu terpanjang di…
  • (Video) Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah
    25.08.2016 - 0 Comments
    Restoran yang diberi nama Ne Quittez Pas itu biasanya menyajikan pelbagai jenis menu makanan laut ala…
  • Kemalangan Yang Tidak Menghalang Lelaki Ini untuk Berkahwin Pada Keesokannya
    28.10.2012 - 0 Comments
    Nama brader ini adalah Chad,pada 18/10/2012 dia telah memandu ke Pulau St James di South…
  • GILA !! BANK NAK TARIK KERETA SEBAB TAK BAYAR 4SEN
    10.03.2012 - 0 Comments
    TINDAKAN TIDAK MUNASABAH: Encik Zainal terkejut membaca notis dari Standard Chartered yang mahu merampas…