Pemandu Teksi Jujur Jumpa RM680ribu Dalam Teksi ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 13 October 2012

Pemandu Teksi Jujur Jumpa RM680ribu Dalam Teksi


Pemandu Teksi Jujur Jumpa RM680ribu Dalam Teksi

LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak AS$2,000 (RM6,148) oleh pemilik wang tunai berjumlah AS$221,510 (RM680,927), lapor agensi berita AP semalam.

Pemilik wang tersebut yang merupakan seorang pemenang permainan judi memberikan ganjaran itu kerana berasa gembira dengan sikap Woldemarim.

Woldemarim, 42, yang berasal dari Habsyah menemui wang tersebut semasa dia membersihkan teksinya pada 2 September lalu.

Wang tunai itu tersimpan di dalam sebuah beg komputer riba.

Dia kemudian menghubungi seorang rakannya yang pernah memandu teksi itu.

Bagaimanapun, rakannya itu yang juga berasal dari Habsyah menafikan wang tersebut miliknya.

Rakannya itu meminta dia memberitahu pejabat keselamatan syarikat yang memiliki teksi berkenaan.

Woldemarim kemudian membuat laporan di pejabat keselamatan itu yang kemudian menghubungi polis.

Seorang pengawal keselamatan merakamkan gambar wang itu.

Sejam kemudian, Woldemarim dihubungi seorang pengawal keselamatan supaya datang semula ke pejabat tersebut.

Dia menemui pemilik wang tersebut yang berada di pejabat berkenaan.

Pemilik wang itu sebelum ini telah menghubungi syarikat teksi berkenaan bagi memberitahu dia tertinggal wang itu semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang.

sumber

P/s : fuhh.jujur.bagus betul..jarang sekali org yang akan berkelakuan cmtu.buat baik,dibalas baik!!..he deserved to get the reward AS$2,000 (RM6,148) dah memang happy dan grateful sgt2.

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Citroen Numero 9 yang aerodinamik dan awseome
    16.04.2012 - 0 Comments
    Kereta adalah kereta alaf baru,setakat yang Han tahu,ianya hibrid car,yang super cool,berkelajuan tinggi.dan…
  • Inilah Rahsia Disebalik Poket Kecil Pada Seluar Jeans
    22.11.2014 - 0 Comments
    Hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jeans. Jika ada yang beranggapan ia…
  • Sawah di buat di atas bumbung di China
    19.03.2015 - 0 Comments
    Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi…
  • Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat
    28.12.2012 - 0 Comments
    Kehadiran adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga…
  • COOL : 17 Fakta tentang Bugatti Veyron
    17.05.2012 - 2 Comments
    Fakta tentang Bugatti Veyron 1. Develop oleh German dan dihasilkan di France. 2. Maximum engine power,…