Chong Wei Saman Razif Sidek Dan Kosmo, Kerana Dakwaan Ambil Dadah ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 3 December 2014

Chong Wei Saman Razif Sidek Dan Kosmo, Kerana Dakwaan Ambil Dadah

Chong Wei Saman Razif Sidek Dan Kosmo, Kerana Dakwaan Ambil Dadah


Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengesahkan hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razif Sidek dan sebuah akhbar Melayu kerana menuduh beliau terbabit dengan pengambilan dadah terlarang.

Beliau memberitahu The Star Online surat tuntutan saman dihantar melalui pejabat peguamnya Song and Partners kepada Razif minggu lepas.

“Tuduhan itu tidak benar. Hanya kerana saya ada kes ‘doping’ sekarang, kamu tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati. Adakah dia mempunyai bukti menyokong dakwaannya?” beliau dipetik berkata portal berita itu.

Pada November 11, Razif yang juga bekas pemain badminton negara dilaporkan akhbar Kosmo sebagai berkata, Lee sudah lama menggunakan dadah seperti hasil ujian ‘doping’ awal bulan lepas.

Katanya, ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Lee tetapi tiada yang berani bersuara kerana kredibilitinya sebagai seorang jaguh dunia.

Malah, Razif dilaporkan berkata, Lee sanggup mengupah seorang doktor dari luar negara bagi tujuan itu.

Sebuah portal berita lain memetik Lee berkata hari ini, Razif sudah menghubunginya dan meminta maaf kerana membuat kenyataan itu selepas menerima surat tuntutan daripada Lee.

“Tetapi, apa yang terjadi sudah terjadi,” dia dipetik berkata dengan nada marah sambil memberitahu portal itu yang ketika berita itu mula-mula dilaporkan, beliau cuba menghubungi Razif tetapi tidak berjaya.

“Saya tak boleh biar begitu sahaja kerana dia memfitnah saya. Sebagai bekas pemain badminton, dia seharusnya sedar dia tidak patut membuat tuduhan palsu kepada saya, terutamanya saat saya sedang menghadapi kesukaran.

“Beliau bukan sahaja menyakiti saya, malah seluruh negara dengan kenyataannya itu,” katanya kepada portal berita itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam reaksinya menyifatkan dakwaan Razif itu tidak berasas dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga ia diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sampel air kencing Lee, 32, didapati mempunyai kesan dexamethasone semasa ujian rawak pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada bulan Ogos.

Dexamethasone ialah sejenis ubat steroid yang biasanya digunakan untuk tujuan pemulihan dari kecederaan.

Ujian kedua yang dijalankan ke atas “sampel B” di Universiti Hospital Oslo, Norway pada 5 November mengesahkan kehadiran bahan itu.

Sehubungan dengan itu, BWF mengumumkan penggantungan sementara Lee pada 11 November.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pengikut Instagram Yuna Melonjak Naik Gara-Gara Lagu Duet Dengan Usher
    30.04.2016 - 0 Comments
    Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai merupakan artis tempatan yang tidak pernah gagal mengharumkan nama…
  • FAKTA : Siapa Yang Mencipta GOOGLE
    16.03.2012 - 0 Comments
    Google Inc merupakan sebuah syarikat yang didagangkan secara umum. Saham mereka disenaraikan di Nasdaq…
  • TENGOK TV DENGAN MENGGUNAKAN SMARTPHONE SECARA PERCUMA
    22.01.2012 - 0 Comments
    Everyone ,Han nak kongsikan sikit berita baik untuk pengguna smartphone seperti  iPhone dan android(maaf…
  • Gambar Kemalangan Maut Nissan GTR Dan Skyline Di Kuantan
    08.10.2012 - 0 Comments
    Okay,kalau sebelum ni aku ada buat artikel mengenai kemalangan maut nissan gtr vs skyline dan hanya…
  • SEJARAH ASAL-USUL HONDA CIVIC
    26.01.2012 - 0 Comments
    HISTORY ABOUT HONDA CIVIC Hingga ke awal tahun 1970-an, jenama Honda adalah lebih popular di kalangan…