Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong ~ Bila Han Bercerita

Monday, 22 December 2014

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong


Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Emma Maembong sudah berakhir seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, menerusi laman Instagramnya menjelaskan percintaan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti dilaporkan akhbar itu.

"Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua," tulisnya.

Laporan itu menyebut pasangan itu dikatakan sudah tidak bersama sejak sebulan lalu malah malah Emma dilaporkan sudah mempunyai pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri Syurga Tanpa Cinta.

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong


Dalam pada itu, dalam status sama, Zizan turut menulis dia mencintai Emma dan memberitahu wanita itu sentiasa berada di dalam hatinya.

"Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart," ujarnya.

Malah Emma menerusi laman Instagram miliknya meminta peminat tidak mempercayai gosip berkenaan selain turut memuat  naik gambar mereka berjalan berdua.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zizan dan Kamal berhubung gosip berkenaan gagal apabila mereka masing-masing tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • (7 Gambar) Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha
    19.03.2016 - 0 Comments
    Tahniah diucapkan buat pelawak dan penyampai radio ERA Shahrol Azizie atau nama gelarannya Shahrol Shiro…
  • Bahaya Tidur Selepas Sahur Yang Pasti Ramai Tak Tahu
    31.05.2017 - 0 Comments
    Tidur setelah sahur memang tidak haram. Namun, dari sisi ilmu gizi dan kesihatan tidur setelah makan…
  • TERKINI : Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai, Mohon Rita Rudaini Berpindah Rumah
    17.05.2012 - 0 Comments
    Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan…
  • (Video) Cara Ronaldo Raikan Kemenangan Portugal Euro 2016
    18.07.2016 - 0 Comments
    Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan kemenangan menjuarai kejohanan…
  • Petua Tradisional Menghilangkan Ketiak Hitam dan Berkarat
    14.05.2017 - 0 Comments
    1. Limau + kapur sirih Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di…