Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 6 December 2014

Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram

Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram


JITRA - Kegiatan menjual daun ketum dipercayai didalangi seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dan anak saudaranya kira-kira enam bulan lalu terbongkar selepas mereka ditahan polis, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di belakang sebuah rumah di Kampung Pida 6 Baru, Kodiang, dekat sini, dua suspek ditahan bersama sembilan bungkusan daun ketum seberat 53 kilogram (kg) bernilai RM954.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan siasatan seterusnya menyerbu rumah suspek.

“Kita merampas daun ketum dan menahan seorang wanita warga emas dan anak saudara perempuannya berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat menjual daun ketum tersebut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya daun ketum itu adalah untuk dijual kepada pihak lain yang akan memprosesnya menjadi air ketum.

Menurutnya, suspek kini direman empat hari bermula kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dipenjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Lokasi yang sama juga pernah diserbu kira-kira enam bulan lalu dan kita turut menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an,” katanya.

sumber

P/s : macam2 hal la


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL GILA!! Mark Zuckerberg Menunggang Kerbau Di Vietnam
    05.03.2012 - 0 Comments
    Zuckerberg menunggang kerbau sambil diperhatikan pengawal. Pemilik laman sosial Facebook, Mark…
  • Miera Leyana Suka Lelaki Berbadan Sasa
    27.10.2012 - 0 Comments
    Pelakon muda Miera Leyana mengakui dia seorang wanita yang mudah terpikat dengan lelaki yang berbadan…
  • COOL : Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari
    27.10.2012 - 0 Comments
    LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji…
  • Fakta Sebab Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati
    02.03.2012 - 0 Comments
    Fakta Ringkas: * Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat…
  • (Kejam) Ikan Hidup Dijadikan Key Chain
    10.04.2017 - 0 Comments
    Para peniaga di China telah menggunakan ikan dan haiwan hidup lain yang telah diletakkan di dalam bekas…