Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 2 December 2014

Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi

Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi


MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami membawa padah apabila dia dikenakan denda hampir AS$90,000 (RM308,553).
Manuel Alvarado, 60, perlu membayar sebanyak AS$89,172 (RM307,868) kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Tindakannya itu turut mengakibatkan usaha pemindahan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, banyak penerbangan ditunda dan pemeriksaan oleh skuad bom polis, kata peguamnya, Brian Bieber.

Insiden tersebut berlaku sejurus sebelum penumpang menaiki penerbangan Aviance ke Bogota pada 22 Oktober lalu apabila doktor warga Venezuela itu dengan nada bergurau memberitahu pegawai keselamatan bahawa dia membawa bahan letupan jenis C-4.

Walaupun dia kemudiannya memberitahu bahawa kenyataan tersebut hanya sekadar gurauan tetapi ia sudah terlambat kerana pihak berkuasa lapangan terbang mengambil seirus terhadap perkara itu.

Bieber berkata, dia tidak berniat untuk menakutkan sesiapa dan menyedari apa yang dilakukannya sebagai kesilapan terburuk dalam hidupnya.
Sejak tragedi serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2011 , penalti terhadap ancaman bom telah diperketatkan beberapa kali.

sumber

P/s : takde keje cari keje..kan tak memasal kena bayar denda berpuluh ribu...


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?
    29.05.2012 - 0 Comments
    JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid…
  • COOL : Blogspot Semakin Mesra SEO
    25.03.2012 - 0 Comments
    Hey guys,good evening.still awake ke?bytheway,today i'll be going to share with you guys something…
  • Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat
    27.02.2012 - 0 Comments
    Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan…
  • Gadis Selamba Berenang Dengan Buaya
    29.04.2017 - 0 Comments
    CUBA - Seorang jurugambar hidupan liar merakamkan aksi luar biasa apabila membawa anak perempuannya…
  • 12 Gambar Majlis Perkahwinan Erin Malek Dan Farriz Fauzy
    11.10.2014 - 0 Comments
    Majlis akad nikah pasangan yang anggun berpakaian kelabu di kediaman keluarga Erin di Duta Suria…