RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari ~ Bila Han Bercerita

Friday, 19 December 2014

RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari

RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari


Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari depan, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga runcit berkenaan boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada Majlis Penerangan dan Dialog Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) peringkat Parlimen Rembau di Pedas, Jumaat.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Awaludin Said.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu
    14.07.2012 - 0 Comments
    50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ORANG MELAYU TERKAYA DI…
  • GEMPAR !! RUMAH MAWI DIROMPAK !!
    26.03.2012 - 0 Comments
    Perkhabaran kurang senang kami baca sebentar tadi melalui sebuah artikel ringkas di Media…
  • Kemaluan Pasangan Warga Itali Melekat Akibat Melakukan Seks Di Dalam Air
    22.10.2014 - 0 Comments
    Kisah malang ini memberi definisi baru kepada istilah ‘berkepit macam belangkas’. Sepasang kekasih warga…
  • GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu!
    26.03.2012 - 1 Comments
    Satu sindiket penipuan melibatkan kira-kira 3 billion Yuan (RM1.5b) di negara China berjaya ditumpaskan…
  • Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria
    09.05.2016 - 0 Comments
    Sungai Golok adalah antara sungai yang menjadi tanda sempadan Malaysia dan Thailand. Cuaca panas melampau…