Restoran McDonald's kantoi siar video lucah kepada pelanggan ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 11 December 2014

Restoran McDonald's kantoi siar video lucah kepada pelanggan

Restoran McDonald's kantoi siar video lucah kepada pelanggan


SWITZERLAND, (MLP) – Pelanggan yang berkunjung di sebuah restoran McDonald’s melalui pengalaman yang jarang diperoleh apabila ditayangkan dengan adegan lucah dari sebuah video porno menerusi skrin televisyen di restoran berkenaan.

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Steffen Reiniger, bertandang ke restoran makanan segera itu bersama rakan-rakannya sekitar lewat malam.

Restoran McDonald’s yang terletak di bandar Zuchwil itu dengan tidak semena-mena ‘menyajikan’ klip video panas tersebut sejurus program Sexy Sports Clips tamat bersiaran.

Salah seorang pekerja bertindak menukar siaran apabila perasan bahawa video janggal itu ditayangkan oleh saluran German Sports Channel.

“Kami berempat semuanya lelaki, jadi kami tidak kisah.”, ujar Reiniger.

Jejaka berusia 24 tahun itu turut menyatakan kebimbingan sekiranya kejadian terbabit berulang semasa terdapatnya keluarga yang mempunyai anak kecil di dalam restoran.

Pihak McDonald’s telah memohon maaf akan kejadian itu dan menerangkan bahawasanya mereka tidak tahu siaran televisyen itu turut menayangkan video jenis demikian.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serius ! Budak Ini Akan Mati Sekiranya Dia Berpeluh Kerana Menderita Penyakit Anhidrotic Ectodermal Dysplasia
    23.11.2014 - 0 Comments
    Fred James Mesti Berada dalam keadaan suhu normal, kerana berpeluh dapat menyebabkannya kehilangan nyawa…
  • [Gambar] MyKad Baru 2012 : Kelebihan & Info Penukaran
    14.02.2012 - 0 Comments
    JPN akan mengeluarkan MyKad baru bermula Januari 2012 yang akan dilancarkan secara berperingkat ke seluruh…
  • FAKTA Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Kamal Ashnawi
    26.01.2012 - 0 Comments
    Ini ialah Kamal Ashnawi atau nama dirajanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.. Beliau mengaku…
  • WOW !! Doktor Ini Membedah Dirinya Sendiri untuk membuang appendiks
    13.03.2012 - 0 Comments
    Saat itu dia adalah satu-satunya doktor di stesen Novolazarevskaya, pada malam hari. Dia pun melakukan…
  • MUFTI PERAK SOUND NAJIB RAZAK!!
    10.02.2012 - 1 Comments
    Neh kentyataan mufti. Semakin berani mufti perak bersuara terhadap perangai dan kelakuan najib. Padan…