Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping ~ Bila Han Bercerita

Friday, 26 December 2014

Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping

Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping
Seekor daripada harimau tersebut telah pun berjaya ditangkap semula menggunakan peluru penenang.

Dua ekor harimau terlepas dari kandangnya di Zoo Taiping, lapor akhbar The Star hari ini.

Insiden tu dikatakan berlaku pagi tadi ketika pintu pagar masih ditutup.

Menurut The Star lagi, seekor telah pun berjaya ditangkap semula menggunakan peluru penenang.

Sementara itu Bernama melaporkan  Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas dari kurungannya ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu.

"Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba," katanya.

Harimau berkenaan kemudian ditembak ubat pelali namun ia melarikan diri ke hutan berhampiran kurungan itu dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter, katanya.

Dr Lazarus berkata haiwan itu dijumpai di hutan berhampiran dan ia ditembak sekali lagi dengan pelali sebelum dapat ditangkap semula pada pukul 3 petang.

Sebanyak 30 orang termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang tersebut, katanya.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Senarai Syarikat Yang Terima Voucher Buku 1 Malaysia
    15.01.2012 - 1 Comments
    Senarai syarikat yang menerima Voucher Buku 1 Malaysia adalah seperti berikut SAHAJA : 1. Syamoz Sdn…
  • 7 Cara Kempiskan Perut Buncit
    05.02.2012 - 0 Comments
    Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila…
  • Wanita berusia 82 tahun aktif sebagai DJ kelab malam
    15.04.2017 - 0 Comments
    Seorang wanita Jepun berusia 82 tahun kian mendapat perhatian setelah menjadi DJ untuk kelab malam di…
  • COOL !! SIAPA PALING KUAT DAPAT FREE ULTRABOOK
    27.03.2012 - 0 Comments
    Hey guys,,ni ada video best hann nak share.han ada follow tweet intel,so diaorang share video ni.dan Han…
  • ALLAHUAKBAR !! Berasak-asak demi Ustaz Azhar Idrus
    12.03.2012 - 1 Comments
    KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar…