Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 May 2016

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih
Siasatan polis mendapati satu sindiket di Gombak menjual dadah berperisa anggur, dengan label jenama minuman popular, dengan RM350 sebotol


Jika dua tahun lalu remaja seawal usia 14 tahun pernah dicatakan sebagai penagih paling muda, tahun lalu pula kanak-kanak berusia tujuh tahun dikenal pasti mula mengambil dadah.

Lebih membimbangkan, menurut menteri dalam negeri, kanak-kanak termasuk yang dibangku sekolah dipancing menghisap dadah melalui bentuk gula-gula.

“Pengedar dikesan memberi gula-gula mengandungi dadah kepada murid bertujuan mewujudkan ketagihan,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti dilapor Harian Metro hari ini.

“Ini bermakna mereka (pengedar) cuba mewujudkan situasi 'edar dulu, permintaan kemudian' yang mewujudkan penagih baru.”

Tambahnya, kajian juga mendapati 73 peratus daripada lebih 280,000 penagih dikesan berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Manakala 26,660 individu, termasuk kanak-kanak berusia 7 tahun itu, dicatatkan sebagai penagih baru.

sumber

P/s: harap ibu bapa diluar sana memantau dan sentiasa ingatkan anak2 kecil mereka.mcm2 cara orang nak buat jenayah kat luar


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • PELIK : Keranda Dilengkapi Sistem Karaoke Di Filipina
    05.11.2012 - 0 Comments
    MANILA – Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang…
  • 50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu
    14.07.2012 - 0 Comments
    50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ORANG MELAYU TERKAYA DI…
  • Saintis akui cara tidur Nabi Muhammad baik untuk kesihatan
    16.06.2012 - 0 Comments
    Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula…
  • Kapal mewah ikut laluan Titanic
    09.04.2012 - 0 Comments
    GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912. LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal…
  • Gadis ini maut akibat gurauan yang melampau oleh rakan-rakan ketika menyambut hari jadinya
    06.04.2017 - 0 Comments
    Menyambut ulang tahun kelahiran dengan mengenakan rakan seakan-akan menjadi satu trend anak muda zaman…