Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju

Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju


FLORIDA: Seorang lelaki berusia 25 tahun menembak mati abangnya dalam pergaduhan berhubung burger keju.

Benjamin Middendorf, dari Florida, berhadapan dakwaan membunuh selepas menembak mati abangnya itu, kata polis.

Benjamin menghubungi talian kecemasan 911 pada malam Khamis dan memberitahu polis beliau baru menembak abangnya, Nicholas, di rumah mereka.

Nicholas Middendorf, 28, kemudian diisytiharkan meninggal dunia di rumah akibat kecederaan ditembak di dada, lapor akhbar Orlando Sentinel.

Dalam rakaman panggilan, Benjamin kedengaran menjerit memberitahu dia 'cuba menahan tekanan' di dada abangnya.

Beliau juga kedengaran memberitahu 'mereka bergaduh dan beliau mengambil pistol dan menembak abangnya.'

Ibu mereka, yang berada di rumah ketika kejadian, memberitahu polis beliau dan Nicholas baru kembali dari bar apabila kedua-dua beradik itu mula bertengkar.

Wanita itu berkata, beliau mendengar Benjamin berkata akan menembak abangnya. Beliau kemudian mendengar sedas tembakan dan mendapati Nicholas terbaring di atas lantai di ruang tamu. - Agensi

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Masjid terbesar dunia di Algeria dibina
    09.05.2016 - 0 Comments
    ALGEIRS: Algeria akan membina masjid terbesar di dunia dengan pihak berkuasa negara itu menyifatkan…
  • Felixia Yeap Kini Selamat Bergelar Isteri
    06.06.2015 - 0 Comments
    Raisyyah Rania Yeap atau sebelum ini dikenali dengan nama Felixia Yeap kini sedang hangat berlegar di…
  • 15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam
    17.05.2017 - 0 Comments
    Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih…
  • Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!
    20.04.2017 - 0 Comments
    Kenapa bila naik kenderaan akan ada orang yang rasa mual nak muntah? Contohnya bila kita naik boat, naik…
  • Awesome ke sadis ??
    01.06.2012 - 1 Comments
    hey korang,aku pon tak pernah terfikir camni..2btg mancis diubah suai jadi roket dan terbang tanpa…