Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000 ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000

Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000


Kuala Lumpur – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata suspek masuk ke premis berkenaan melalui tandas yang terletak berhampiran mesin itu.

“Mereka memecahkan dinding di dalam tandas berkenaan untuk masuk ke pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.


Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada dua orang suspek.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya ini untuk memburu kesemua suspek,” katanya.

Hamzah berkata kes berkenaaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun serta denda. – Bernama


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! Nenek belajar Karate kerana bimbang dirogol
    09.03.2012 - 2 Comments
    PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas Karateka di Korogocho gigih…
  • Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas
    21.03.2012 - 1 Comments
    HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai…
  • GILA !! Ahli gusti hilang satu buah zakar
    01.03.2012 - 0 Comments
    INDIANA: Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian…
  • Info Seksual : Kesan buruk melancap bagi lelaki dan wanita
    24.01.2012 - 0 Comments
    Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang…
  • Fakta Sebab Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati
    02.03.2012 - 0 Comments
    Fakta Ringkas: * Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat…