Teh "RARE" Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600 !! ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 May 2016

Teh "RARE" Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600 !!

Teh Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600


Fujian, China: Membelanjakan wang AS$10,000 (RM40,200) untuk seteko teh mungkin kedengaran keterlaluan.

Bagaimanapun, itulah harga yang peminat teh sanggup bayar untuk menghirup Da Hong Pao asli, teh paling jarang ditemui di dunia.

Harga untuk satu gram boleh mencecah AS$1,400 (RM5,600). Teh yang terkenal mahal ini sebenarnya 30 kali lebih mahal daripada segram emas.

Apa yang menyebabkan teh ini sangat mahal?

Menurut pakar teh China, Xiangning Wu, Da Hong Pao begitu berharga kerana ia sangat sukar untuk ditemui.

Teh Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600


Katanya, pokok teh Da Hong Pao asli hampir pupus.

Beberapa jenis teh yang tumbuh di pergunungan Wuyi di daerah Fujian, China juga sangat jarang ditemui sehingga dianggap tidak ternilai harganya.

Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur.

Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.

Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai.

Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa. - Agensi


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL :
    26.10.2014 - 0 Comments
    Sekiranya anda pandang buat kali pertama, anda mungkin tidak akan perasan bahawa sebenarnya terdapat satu…
  • Bahaya Tidur Selepas Sahur Yang Pasti Ramai Tak Tahu
    31.05.2017 - 0 Comments
    Tidur setelah sahur memang tidak haram. Namun, dari sisi ilmu gizi dan kesihatan tidur setelah makan…
  • Jadual Perlawanan EURO 2012
    08.06.2012 - 0 Comments
    Hohoho,seperti yang kita tahu EURO 2012 bermula hari ini dengan 16 pasukan terbaik benua Eropah akan…
  • COOL !! Apartment Mewah Di Bishan Singapura
    23.04.2012 - 0 Comments
    Di Singapura akibat kekurangan tanah kebanyakkan rakyatnya terkpasa duduk didalam flat yang dibina Home…
  • Pelajar MRSM Dibelasah Oleh Senior Sehingga Patah Rusuk
    28.10.2014 - 0 Comments
    gambar hiasan Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini patah tulang rusuk…